CINTA FACEBOOK!!!

ASSALAMUALAIKUM..
Lama tak buke blog nih.. Cbuk SPM r ktekan.. Bz gle nak kjar kjayaan..
rmay yg kte lpas SPM nak kawen r..tunang r..mcm2 r
dah siap men cup2 lagi....
bce cte nih...then..RENUNGKAN


Kata kakakku, "Ujian penuntut ilmu: Kewangan, malas, syahwat (rindu dan cinta), sahabat dan persekitaran."
Saya akui, sebagai penuntut ilmu atau mahasiswa, lima perkara tersebut merupakan masalah utama bagi setiap pelajar! Saya yakin anda mengakuinya juga.
Namun, bagi penuntut di Mesir, kewangan bukanlah masalah utama kerana wang zakat melimpah-ruah di sini. Negara kaya seperti Kuwait dan Brunei selalu memberikan sumbangan kepada mereka yang sedang berjihad ini.
Tetapi, empat masalah yang lain terus membelengu para penuntut.
Masalah ke-2, MALAS! Musim sejuk adalah musim yang paling agak malas di sini. Kerana mahasiswa agak selesa di sebalik selimut tanpa mandi berhari-hari.
Masalah ke-3, SYAHWAT! Ini yang ingin saya kupaskan. Insya Allah, semoga apa yang saya ingin sampaikan dapat difahami oleh anda sekalian.
Putik-putik Cinta di Facebook
Saya sebagai seorang pemuda, sering menerima pop-up chat dari orang yang tidak dikenali. Dan kebanyakanya daripada perempuan.
Adakah itu normal seperti yang diutarakan sahabat saya. Beliau bertanya di laman Facebook "says; is it normal, if wall perempuan mesti penuh dengan kawan lelaki, and vice versa?"
Apa pendapat anda?
Saya akui, saya sering 'jual mahal' dengan ajakan berborak melalu Facebook walaupun kadang-kadang tersungkur di tengah jalan. Kerana saya tekad untuk tidak chat sesuka hati bila saya sudah mempunyai orang yang saya berhajat denganya untuk melengkapkan iman saya.
Terutama bila sedang dalam menuntut ilmu, maka saya tidak mahu hidup saya terganggu dengan perkara-perkara yang termasuk dalam ikhtilat diluar syarie.
Bukan Cinta Jika Asasnya Facebook
Saya hairan bila mana ada orang merendahkan martabat cinta dengan menjualnya di Facebook. Dalam erti kata lain, "Saya boleh menerima cinta di Facebook".
Ini mungkin berlaku bila seseorang yang sudah putus cinta mengwar-warkan perasaan benci dan kesalnya terhadap cinta yang berputik terhadap seseorang. Status in relationship bertukar kepada single.
Lalu wujud seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mendengar masalah wanita tersebut. Dan memberi pandangan hanya berdasarkan minda yang mengharapkan dosa pada masa akan datang. Ini padahnya bila meluahkan perasaan melalui Facebook.
Kadang-kadang bila yang memberikan pandangan berwajah kurang handsome, si wanita akan berkata, "Sibuk je nak tahu pasal orang". Namun bila mana yang menanyakan soalan agak handsome, dengan sendiri dia akan merendahkan martabat diri dengan membuka aib sendiri.
Sedarkah kalian bahawa WAJAH PROFILE FACEBOOK BOLEH DIMANIPULASI!
Nilai Harga Diri
Adakah begitu rendah martabat cinta kita terhadap orang yang harus dinikahi sehinggakan kita boleh bercinta sekadar melihat wajah seseorang di Facebook atau bermula dengan pop-up chat di Facebook?
Namun bila kita berjumpa, terkejut melihat wajahnya yang ternyata bukan pilihan hati kita. Terus cinta yang berputik di Facebook hilang begitu sahaja. Adakah itu cinta?
Banyak artikel yang menerangkan mengenai ikhtilat diluar syarie. Anda seorang yang berakal, maka nilai setinggi mana nilai diri anda.
Seperti kata-kata Hilal Asyraf, beliau menyatakan di dalam blognya, "Cinta tidak buta".
Martabat cinta begitu tinggi. Jangan rendahkannya sehingga menilai ia buta. Saya memberi contoh, jika anda mencintai seseorang kerana agamanya, adakah bila agama orang tersebut hilang selepas anda mencintainya, adakah anda akan terus mencintainya?
Namun, jika anda tidak menganggap cinta itu buta, anda mencintai seseorang kerana agamanya, maka cinta anda kepadanya akan bertambah dan berkurang sepertimana bertambah dan berkurangnya agamanya.
Atas dasar itu cinta kerana agamanya diperkuatkan lagi dengan hadis yang bermaksud:
"Apabila datang kepada kalian orang yang kalian redha agamanya dan akhlaknya (untuk meminang anda atau wanita dibawah tanggungan anda) maka nikahlahilah lelaki tersebut. Kalau kalian tidak melakukan hal tersebut nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan yang merata".
[HR Tarmizi & Ibn Majjah]
Penutup
Niat saya menulis post ini adalah untuk menyedarkan orang yang saya cintai bahawa bukan cinta jika asasnya Facebook dan nilai diri anda wahai cintaku.
Saya mengharapkan juga dengan post ini saya dan anda menjadi lebih baik dari sebelum ini. Jika anda sudah terlajak bercinta di Facebook, maka cepat-cepat betulkan cinta anda.
Jangan cepat menjual maruah. Semoga post kali ini membuatkan anda dan saya lebih baik selepas ini bersama-sama mengejar redha Allah SWT dan cinta keranya-Nya. Insya Allah!
Category: 0 comments

ramadhan:universiti tarbiyyah umat islam



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

salam ramadhan,
lame tak tengok blog kitorang nih,,
yolar sebok ngan exam trial SBP sekarang nih,,
to all SBPians,smoge berjaye ek!!
pejam celik pejam celik da sampai ramadhan ek..
alhamdulillah,,
ALLAH sampaikan juga kita dengan bulan yang penuh barakah ini,
setelah kita berdoa "Ya Allah, sampaikanlah aku dengan Ramadhan".
alhamdulillah,,
bulan ramadhan nih,,
banyak kelebihan2nya,,
dalam hadith Rasullah S.A.W banyak menyebut tentang ramadhan nih,
antaranya:
==============================================================================
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
(Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
( Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

trimas kepada:
http://adlizakaria.blogspot.com
===============================================================================
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Category: 0 comments

ukuran cintamu

www.iluvislam.com
Oleh:Dr. Juanda Jaya




Umat mengaku beriman perlu bersabar atasi cabaran ditentukan dalam kehidupan.

CINTA adalah penawar. Barang siapa yang hatinya kosong tanpa cinta, nescaya pelbagai penyakit akan bersarang di dalamnya. Cinta adalah kehidupan, kerana hidup seseorang anak manusia bermula daripadanya.

Manusia memerlukan cinta untuk tetap bertahan. Manakala, jiwa yang kekeringan cinta bagaikan tercabut roh daripada jasadnya. Berjalan tanpa perasaan, berfikir tanpa keindahan, bosan dan hampa.

Dijadikan indah pada pandangan manusia rasa cinta yang boleh memuaskan nafsu dan syahwatnya. Cinta adalah fitrah yang dibekalkan untuk manusia. Cinta perlu diatur dengan baik, bukan dibiarkan mengganas hingga menyebabkan lupa kepada hakikat kehidupan.

Apakah ubat bagi orang yang tertekan, putus asa dan rasa dirinya tidak berguna? Jika kita tersungkur angkara musibah, siapakah yang patut dicari?

Di manakah ketenangan diperoleh? Manusia amat memerlukan Penciptanya Yang Maha Mengetahui selok-belok dirinya. Jika dia sakit, ubatnya ada pada Allah Taala, yang dapat menurunkan setitis rahmat di hati yang tenat.

Mengapa hati rasa sempit, dada rasa sesak, segenap jasad tak mampu menahan beban berat jika rahmat Allah Taala itu lenyap?

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang.
Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang.
Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya.
Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Betapa berharganya nilai setitis rahmat. Keamanan dan kedamaian menjelma di serata dunia.

Bagaimanakah dalaman rumah kita? Apakah rahmat Allah turun ke atasnya? Rahmat yang mencelupkan dua jiwa suami dan isteri pasti akan melahirkan anak yang salih. Rahmat yang hidup di hati seorang ayah akan menjadikannya mampu mendidik ahli keluarga dengan iman. Rahmat yang menitis di jiwa seorang ibu akan menjadikannya rela mengorbankan jiwa raganya untuk kebahagiaan keluarga. Akhirnya kita semua perlu menyedari bahawa kebencian dan suasana huru-hara yang berlaku berpunca daripada jiwa orang yang kekeringan rahmat Allah Taala.

Mungkinkah kita mendapat rahmat Allah jika kita tidak berusaha mengenal-Nya? Tak kenal maka tak cinta. Suatu ungkapan yang mudah untuk difahami. Namun, amat berat diamalkan. Mengenali Allah sebagai Penguasa ke atas diri kita. Yang menggenggam ubun-ubun makhluk-Nya dengan mudah dan akan menyentapnya apabila Dia berkehendak. Mengenal Allah dengan hati dan akal. Meneliti dan mencari penyebab kenapa Dia Yang Maha Pencinta layak untuk dicintai?

Allah Taala yang mengatur hidup kita, melimpahi hari yang kita lalui dengan nikmat-Nya. Semuanya itu tidak mampu disenaraikan kerana terlalu berharga. Tidak sesiapapun mampu membeli kebahagiaan jika Allah tidak mahu mengurniakan untuknya. Bagaimana hendak membayar nikmat kesihatan jika Allah tidak sudi menyembuhkan? Mungkinkah cita-cita dan impian akan tergenggam apabila Dia Yang Maha Mencipta berkehendak lain daripada apa yang kita inginkan. Diri kita tak penting bagi-Nya, ada dan tiadanya kita tidak mengurangi kebesaran-Nya. Dialah Allah yang kita kenali melalui bekas-bekas nikmat-Nya yang ada pada diri kita.

Perkenalan ini membuahkan cinta yang amat mendalam dan begitu hebat menguasai hati kita, seperti firman-Nya bermaksud:

“Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintai tandingan-tandingan Allah itu seperti mereka mencintai Allah, sedangkan orang yang beriman amat sangat kuat cintanya kepada Allah.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 165)

Jika cinta sudah dimiliki, sudah semestinya dia sanggup diuji. Dengan hati dan akal, kita belajar mengatasi ujian cinta Ilahi. Ia menjadi ketentuan yang wajib dijalani bagi hamba-Nya yang mengaku beriman, kerana mungkin cintanya itu sekadar berpura-pura.

Semakin berat ujian yang diterima maka semakin tinggi tahap kecintaannya kepada Allah. Sabda Baginda SAW bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Taala apabila mencintai hamba-Nya maka Dia mengujinya.”
(Hadis riwayat al-Tirmizi)

Ibnu Al-Qayyim mengatakan:

“Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hamba-Nya dengan godaan hawa nafsu dan kederhakaan, tiada lain ia bertujuan mengarahkannya supaya berjuang dan melawan, sehingga perjuangannya itu akan melahirkan cinta kepada Allah.”

Maka terjawablah persoalan kedudukan manusia yang mencintai Allah lebih hebat daripada kedudukan malaikat. Malaikat Allah tidak diuji seperti manusia diuji dalam membuktikan cintanya kepada Allah Taala.

Cinta kepada Allah Taala juga boleh dicari dalam ikatan ukhuwah sesama manusia. Seperti firman Allah Taala bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya maka kelak Allah Taala akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin.”
(Surah Al-Maidah, ayat 54)

Rasulullah SAW juga menyeru umatnya untuk saling mencintai dalam sabdanya bermaksud:

“Tidaklah sekali-kali dua orang lelaki saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah itu adalah yang paling kuat kecintaannya kepada saudaranya.”
(Hadis riwayat al-Tabrani)

Sabda Baginda lagi bermaksud:

“Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara perkara paling berharga dalam kehidupan ini adalah persahabatan yang ikhlas. Ia tidak mudah untuk dimiliki melainkan oleh mereka yang ikhlas mahu mewujudkannya. Jika Allah mencantumkan hati manusia tiada siapa boleh menghalangi mereka mengecapi nikmat persahabatan itu.

Antara akhlak persahabatan yang paling rendah ialah sedia memaafkan saudara kita, manakala yang tertinggi pula, menolong sepenuh hati jika dia memerlukan kita untuk berada di sisinya. Sahabat yang terbaik adalah mereka yang bersungguh-sungguh mengajak kita mengecapi kasih sayang hingga ke akhirat. Sahabat di dunia dan akhirat menjadi slogan yang indah dan tak terlupa. Hanya dengan ikatan itu kita mampu mengecapi rahmat Allah bersama saudara seiman.

Category: 0 comments

kepulanganku.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

salam sejahtera,,
hari nih,,
takde pape pon,,
cume nak bagi tahu kami warga persatuan bukan naqib a.k.a perbun
kena pulang ke asrama Kolej Islam Sultan Alam Shah,
menempuh 6 bulan yang mendatang,,
buat abang2 form 6,
kami doakan semoga berjaya STPM & STAM,
buat member2 form 5,
kita boleh buat SPM nanti!
buat adek2 form 4,,
jage tarbiyyah,kite jumpe di hostel untuk program seterusnya.hahha!!
buat bapa2 di luar sana,terutama warga Kolej Islam yang sudah menjadi bapa,
kami mengucapkan selamat hari bapa.
semoga ALLAH merahmati kamu.


==============================================================================

Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.” – HR Imam Abu Daud

diingatkan kepada semua sahabat,,
renungkanlah sabda junjungan mulia kita di atas ini,,
sabda yang disebut pada 1400 tahun dahulu,,
yang disebut oleh seorang yang tidak berkata mengikut hawa nafsunya,tetapi melalui ilham dari ALLAH yang Esa.
kini menjadi kenyataan.

adakah kita menpunyai penyakit yang dikatakan oleh kekasih ALLAH itu??
marilah bersama kita muhasabah diri kita kembali,
kerana kita hidup di dunia ini tidak lama,,
ajal maut kita hanya ALLAh yang tahu,,
oleh itu,marilah kita pertingkatkan kualiti amalan kita,
biarpun kuantiti amalan kita sedikit,tapi biarlah kualiti amalan kita itu diterima oleh YANG MAHA ESA.

sedarlah,,
janganlah kita mudah terpedaya dengan ideologi2 dan budaya yang dibawa oleh orang barat,,
tetapi,
marilah kita bersama mengikuti sunnah junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W,dan beristiqamah dengannya,kerana setiap sunnah yang dilakukan baginda ada hikmah disebaliknya.
sebagaimana nabi S.A.W bersabda:
“Aku berwasiat kepadamu agar bertakwa kepada Allah ‘Azza wajalla, agar mendengar, taat dan patuh meskipun pemimpinmu seorang budak. Barangsiapa hidup panjang umur dari kamu maka dia akan melihat banyak silang-sengketa. Berpeganglah kepada sunnahku dan sunnah-sunnah khulafaur rasyidin yang mendapat petunjuk dan hidayah (sesudahku). Gigitlah kuat-kuat dengan gigi gerahammu. Waspadalah terhadap ciptaan persoalan-persoalan baru. Sesungguhnya tiap bid’ah mengandung kesesatan.” (HR. Tirmidzi)

buat adek2 form 4 jangan lupe bawa serban balek hostel nanti ek. :DD
wallahu a'alam.

kolejku


ni lah yg slalu org kata psal KOLEJ kita..kita msti jd tha best batch beb..
hidup msti mau gempak wei...xleh r dpat 11A+ ke bwah...msti dpat...ni dah lpas first sem...dah dkat sgat ngan SPM beb...cuak kowt..hahaha..hrap korang smua un mcm aq gak..hrap lpas cuti ni kita leh start bace YASSIN rmay2 lpas maghrib....amcm???InsyaAllah...ALLAH akan tolong kita dalam SPM nanti...bnyakkan berdoa..aq un cdey gak..brpe bulan lg dah nak jd ALKIS..lpas ni xtau ar korang dah pegi mne...fly ntah ke ngara ne..hrapnyer smua dpat fly ke oversea...aminn!!!!korang smua jgn lupa kwan2 tau...cdey kowt..aiii...emo ar plak aq ni...xpe r...chow dlu r bro...adios..salam
Category: 0 comments

Kenapa suka pilih jalan tak elok macam ini??

السلام عليكم ورحمة الله

Kenapa suka pilih jalan tak elok macam ini??

Jawapannya : “ Nak buat macamana , dah memang Allah taala letakkan kami macam ni.Kami nak buat macamana?Taqdir bang..”

Inilah jawapan dan perkataan yang sering kita dengar terpacul keluar daripada mulut sesetengah masyarakat bilamana jalan hidup yang mereka pilih ternyata bertentangan dengan jalan yang Islam letakkan.

Mudah dan padat bagi mereka menggunakan jawapan sebegini.Tak perlu salahkan diri sendiri.Sebaliknya salahkan taqdir Allah taala kepada mereka.

Iblis pernah bertanya kepada Allah taala.

“ Ya Allah Ya Tuhanku, bukankah Engkau telah mengetahui bahawa aku akan diciptakan dan aku akan menderhakai perintahMu?”

Allah taala menjawab : “ Tentu sekali Aku mengetahui bahawa engkau akan diciptakan dan akan menderhakai perintahKu”

Iblis menyambung bicara : “ Jika engkau telah mengetahui bahawa aku akan menjadi hamba yang derhaka, mengapa engkau menciptakan aku dan akhirnya memasukkan aku ke dalam nerakaMu??”

Allah taala menjawab : “ Adakah kamu mengetahui bahawa kamu akhirnya akan menderhakai Aku? Kamu mengetahuinya setelah kamu menderhakai aku atau sebelum kamu menderhakai Aku??”

Iblis menjawab : “ Tentu sekali aku mengetahui bahawa aku menderhakaiMu setelah aku melakukan penderhakaan tersebut”

Allah taala menjawab “ Maka aku meletakkan hukuman ke atasMu setelahnya bukan sebelumnya”

Nah, kalau kita bicara dengan masyarakat awam dan sesetengah golongan terpelajar kononnya terkadang terkeluar juga perkataan seperti iblis ini tanpa mereka sedari.

Bila kita jumpa orang tengah berdua-duaan di taman bunga, bila ditanya kenapa suka berdua-duaan sebegini? Haram hukumnya kalau bukan suami isteri.

Terkadang jawapan yang diberikan “ Nak buat macamana , di dalam Lauh Mahfuz lagi Allah dah tulis bahawa kami berdua pada tarikh dan waktu ini akan berdua-duaan.Maka kami mengikut perintah Allah taala hakikatnya”

Orang sebegini perlu ditumbuk sahaja.Bila ditanya kepada kita, kenapa kamu tumbuk saya ?? Maka berikan semula jawapannya “ Nak buat macamana , Dah Allah taala dah letakkan dalam Lauh Mahfuz lagi bahawa saya memang akan tumbuk kamu pada hari dan waktu ini di Taman Bunga ini"

Ramai sangat yang suka sebut jawapan sebegitu.Tanpa sedar mereka hakikatnya telah mengikut sebahagian daripada ajaran Jabariah.Ajaran yang meletakkan bahawa Allah taala memaksa kita melakukan segalanya.Kita hanya diibaratkan seperti bulu burung yang berterbangan di udara yang hanya mengikut gerakan angin.Kalau ditiup ke kiri maka kita akan bergerak ke kiri.Kalau ditiup ke kanan maka kita akan bergerak ke kanan tanpa kehendak dan pilihan.

Golongan Jabariah jika mereka berzina maka mereka akan mengatakan bahawa kami hakikatnya telah diletakkan oleh Allah taala akan berzina pada hari ini.Maka kami Cuma mengikutinya dan menurut perintah Tuhan Kami.Kami hanya diibaratkan sebagai seorang pelakon yang hanya mendapat arahan daripada pengarah.

Jawapan kepada golongan sebegini sangat mudah.Tanyakan semula kepada mereka seperti yang ditanyakan oleh Allah taala kepada Iblis laknatullah.

Golongan sebegini hakikatnya ingin mempertikaikan Allah taala.Menyalahkan taqdir dan mempersoalkan kenapa kami perlu diseksa sedangkan Tuhan sendiri yang menjadikan perbuatan kami ini??.

Tanyakan semula kepada mereka “ Adakah kamu mengetahui sebelum ini bahawa kamu akan menjadi makhluk yang melakukan kejahatan?? Kamu mengetahuinya setelah kamu melakukan kejahatan atau sebelum melakukannya kamu telah melihat di Lauh Mahfuz bahawa pada tarikh dan waktu sekian-sekian kamu akan menjadi seorang yang jahat???”

Hakikatnya kamu hanya mengetahui bahawa kamu akan menjadi Mat Rempit setelah kamu terlibat dalam rempit.Kamu mengetahui bahawa kamu akan berzina dan melacur dengan seseorang setelah kamu melakukan perbuatan tersebut.Setelah kamu melakukan barulah kamu mengetahui bahawa Allah taala telah letakkan bahawa kamu akan melakukan perkara ini pada tarikh dan waktu tertentu.Kenapa tidak menjauhkan perkara sebegini sebelum kamu terlibat??

Kamu banyak buruk sangka dengan Allah taala.Oleh kerana itulah kamu dipersoalkan hasil buruk sangka dengan Tuhanmu sendiri.

Kalau kamu boleh menilik apa yang ada di Lauh Mahfuz,dan di dalamnya tertulis bahawa esok hari tepat jam 3 petang kamu akan berzina.Maka pada keesokkan harinya kamu melakukan perkara tersebut pada waktunya yang ditetapkan.Maka perbuatan zina tersebut bukan lagi dianggap maksiat.Malah dianggap ibadah kepada kamu kerana mentaati apa yang ditulis di Lauh Mahfuz.

Tapi persoalannya “ Kamu tahu ke apa yang ditulis kepada kamu di Lauh Mahfuz ?? Kamu tahu ke esok apa yang akan kamu lakukan??” Kalau tak tahu, amalkan apa yang Allah taala dan RasulNya suruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

Jangan buruk sangka lagi dengan Allah taala.Benarlah Firman Allah taala di dalam sebuah Hadis Qudsi :

أنا عند ظن عبدي بي

Maksudnya : Aku bersama dengan sangkaan hambaKu kepadaKu( jika baik sangkaannya kepadaKu maka aku akan letakkannya di dalam kebaikan , tapi jika sebaliknya maka dia akan memperolehi apa yang dia sangkakan).

Kembalilah semula kepada Akidah yang benar .Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah al-Asyai’rah dan Maturidiyah.Jangan tanpa sedar kita telah menuruti jalan Jabariah yang dimurka oleh Allah taala.

WALLAHU'ALAM
Category: 1 comments

Rehat r kejap bro...

aduiisss...dah lama xbkak blog ni..ni just nak titipkan cket rase d hati yang trtekan..letih kowt minggu ni..mcam nak mampos je rase,,,ntah r..tp bez gak r ade pekse ni..x yah susah2 nak masuk klas,,blek un awal sket,,ri ni bdak2 sains de pekse..msti ltih siot..aq xde pekse coz klas aq xde kertas 3...heheh333,,pdan muka korang ea,,,t tlong doakan kjayaan untuk aq ea..smoga Allah tlg korang nanti...ni je kowtt,,ltih r..t aq swoh bdak2 perbun tulis lennchow bro..adiossss////♪♫
Category: 0 comments

rahsia tidur dan solat tahajjud

بسم الله الرحمن الرحيم

untuk student KISAS!!tengok nih!!

Umumnya orang beranggapan bahwa tidur malam yang baik memerlukan waktu sekitar 6 – 8 jam sehari. Tetapi ketahuilah bahawasanya pendapat ini ditentang oleh para saintis Barat seperti Dr. Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya hanya perlu tidur malam selama 3 JAM .
Waktu tidur biasanya dikenali dalam dua jenis, iaitu tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya terjadi pada tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk biasakan tidur lelap karena tidur ayam adalah masa berangan-angan yang sebenarnya hanya membuang waktu saja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap berdasarkan kajian saintis Barat, iaitu cukup selama 3 JAM. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Hal ini disebabkan kita tidak terlatih atau mengikuti aturan yang benar ketika kita tidur. Apabila seseorang atlit misalnya, ketika hendak bertanding dalam acara 100M lumba lari maka dia akan berlatih mungkin sekitar setahun sebelum perlumbaan itu dimulakan. Dengan demikian dia berharap untuk menjadi juara. Demikian juga dengan kita, harus melatih diri kita tidur sesuai dengan aturan yang baik.

Menurut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita pergi tidur, kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan termometer kita boleh melatih diri kita untuk tidur apabila perlu. Tidur yang teratur dapat mengefektifkan waktu kita terutama untuk beribadah di malam hari serta mengerjakan hal-hal lain. Di dalam Al-Quran disebutkan ada segolongan manusia yang masuk syurga karena ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” (Surah az-Zariat: ayat 15-18)

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik bagaimana tidur yang lengkap dengan doa-doanya. Sebagai ringkasan, mungkin kita biasakan latihan untuk tidur malam seperti: :

1.Makan malam sedikit saja. Cukup sekadar alas lapar. Jika kita makan malam yang banyak maka akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur.

2.Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur dari kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan waktu tidur dari 8 jam sehari menjadi 7 jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan waktu tidur malam menjadi 6 jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga menjadi 5 jam sehingga kita boleh tidur untuk waktu 3 jam saja.

Cara bangun tidur juga ada kaedahnya untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan diri dari pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur,lantas terus melompat dari tidurnya, maka berisiko terkena penyakit jantung dan boleh menyebabkan kematian. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Badan Perubatan Lioning.


PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Ada juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai pentingnya mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang baik. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka? Mereka menjawab: “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.” Maksudnya ” Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai aturan yang harus dilaksanakan terlebih dahulu sebelum saya tidur.”

“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” – Longfellow. Maksudnya, “Pencapaian kerja yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu teman-temannya yang lain sedang nyenyak tidur.” Ini jelas menunjukkan mereka meminimumkan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.


RAHSIA SOLAT TAHAJUD

Sekarang kita kembali kepada perbincangan tentang solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita peroleh dari mengerjakan solat tahajud sementara yang lain sedang nyenyak tidur?

Dari sisi logik, mungkin kita tidak mengerti bahwa perintah Allah itu mendatangkan kebaikan. Sesungguhnya solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain .

Dari sisi sains perubatan, kita akan menyedut oksigen di atmosfera bumi sekitar jam 3 pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita yang akan menyegarkan badan dan melancarkan aliran darah ditubuh kita. Kedua hal tersebut, iaitu oksigen dan gerakan otot sangat penting bagi kesihatan tubuh manusia. Oksigen akan hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sampai esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini yang dapat menikmati oksigen tersebut.


Mukjizat Gerakan Solat

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasarnya:

1. Kita berdiri tegak (qiyam) kemudian mengangkat kedua tangan bertakbir dan meletakkan tangan di atas dada - kita telah membesarkan rongga dada kita sehingga paru-paru akan terasa lapang serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
2. Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkai.

3. Ketika sujud, seluruh berat badan tertumpu sepenuhnya di atas otot-otot kedua tangan, kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat saja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

4. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan sesudah itu kita berdiri kembali. Dalam gerakan badan kali ini secara automatik kita telah menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bagian bawah dan otot-otot lainnya.

5. Selain itu kita juga melakukan dua jenis duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal paha, selangkangan, jari-jari kaki dan lain-lain.

6. Ketika kita memberi salam , kita menggerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua hal di atas, iaitu menghirup oksigen yang istimewa dan gerakan otot-otot yang semuanya itu sudah tentu akan menyihatkan tubuh kita. Solat tahajud boleh juga menjauhkan penyakit pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.



“Dan pada sebagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’; ayat 79)


WALLAHU A’LAM


HAMAS

sumber: badar sbpi kubang pasu
Category: 0 comments

cerpen:sudikah awak menjadi isteri kedua saya?
























~AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA??~


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.


"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

Sumber:http://www.iluvislam.com

Pengorbanan MEREKA.



Inilah jalan yang ditempuh oleh Ulama'-Ulama' sebenar dalam menegakkan agama Islam~

Imam Syafie
Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah belah masyarakat

Imam Hanafi

Ditangkap, dipenjara, disebat, diseksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah

Imam Maliki
Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah

Imam Hambali

Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap diri mereka lebih betul daripada Ulama'

Sufyan At-Thauri
Seorang wali Allah yang termahsyur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman dijalankan kilat & petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said b. Jubair
Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah

Abu Yazid Al-Bustami

Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamnya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya

Abul Husin An-Nuri
Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya"

p/s: Hebat kan perjuangan dyeorang, so dapatkah kita mencontohi sifat & pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu?? Fikir-fikirkanlah~

isTEri2kU!!!!

Fwd : Empat Isteriku!!


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan
isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya
ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat
setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang
merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada
isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan
perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus
asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan
ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia
bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati
isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.
Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang
Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku
mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja
Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya
akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan
dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat
hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.
Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.
Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus
setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan
sampai kita menyesal kemudian hari!...

haTiKu miLIkMu

Penulis:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Editor:DR. SALBIAH SELIMAN





SINOPSIS


Umar Al-Mujahid keliru. Hatinya direntap dua cinta
berbeza. Sukar untuknya menilai kerana hakikat kedua-dua cinta itu
indah di matanya.


Antara cinta yang pasti dan tidak pasti, Umar Al-Mujahid
akur pada situasi. Dia memilih cinta yang pasti berbalas daripada
seorang gadis jelita. Kehadiran gadis itu benar-benar mengubat luka
penantiannya. Dia tidak mahu lagi mengharap pada cinta yang tidak
pasti daripada si dia yang dianggapnya tidak sudi. Umar sudah putus
asa dengan cinta si dia. Namun, hatinya tak pernah mengerti. Bayangan
si dia tetap juga menghantui.


Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya
berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya
terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada
tarbiyyah dan da'wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da'wah,
cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan
cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da'wah lah
orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan da'wah tak
pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban
waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-
sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa-rupanya, cinta Allahlah
yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da'wah.



`'Hatiku milik siapa?'' Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia
mengalami konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh
ranjau dan duri di universiti. Akhirnya, suara iman memberikan
jawapan.

Apakah dilema cinta yang dihadapi?

Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan imannya?

Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid?

Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya?

Dan banyak lagi persolan yang tersimpul dalam episod hidup Umar Al-
Mujahid. Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah
ini akan membawa pembaca bertanya diri sendiri,

`'Hatiku pula milik siapa?''.






HATIKU MILIKMU


(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro…aku tak nak seksa
perasaan aku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu
penyiksaan. Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama
dengan satu mesej kepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu
jugalah jiwanya sentiasa resah. Entah bila penantiannya akan berakhir
dengan satu jawapan.Entah bila…



`'Umar, kau nak beli sim card baru, kan?'' soal Fathil tatkala melihat
teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset..

`'A'ah!'' Umar mengangguk ringkas.

`'Beli yang aku punya je lah,'' tawar Fathil.

`'Separuh harga?'' acah Umar.

`'Beres. Kau nak sekarang ke?''

`'Tak nak…'' Umar acuh tak acuh.

`'Cis, buang karen je!'' bentak Fathil.

`'Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual
betul-betul ke ni?'' Umar meragui.

`'Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?'' Fathil berwajah serius.

`'Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu?
Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,''

`'Tak sampai pun sebulan…'' Fathil membetulkan fakta.

`'Habis tu, nak beli yang lain pulak?''

`'Mmm..dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari mak we aku. Malas
nak ada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku,''

`'Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh
clash jugak?''

`'Biasalah…lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cari
perempuan baik tau. Dia ni emm…tak kena selera gadis idaman aku lah.
Aku malas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar…tak pernah bermak we,
'' Fathil meluahkan.

Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia
menceritakan tentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki
itu membonceng motornya pada suatu petang dan asyik memuji
ketampanannya. (Siapa yang tidak cemburu…dan, kau tahu Umar….kaulah
lelaki itu)

`'Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau…'' Umar menyindir.

`'Eleh…nak kutuk aku lah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab
aku tak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah,''

`'Ish, awek malang mana lah pulak yang kan jadi mangsa kau kali ni,..
Dasar playboy!'' sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.

`'Dengki lah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku
nak cari mak we. Sampai sekarang tak der mak we. Dayus! Penakut!''
Fathil pula mengenakan Umar.

`'Penakut?! Sikit pun aku tak takut lah…aku malas je!''

`'Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku, Aku cabar kau
tackle Maziah,'' Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas
dengan cabarannya.

`'Maziah mana pulak ni?''

`'Classmate aku. Sombong betul dia…buat aku tercabar je. Nanti ada
peluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat
dia. Aku suruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku,''

`'Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia,''

`'Kan betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan… Kau tahu tak,
Maziah ni bukan perempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah.
Sebab tu kalau kau boleh tackle dia, memang aku tabik kat kau,''

`'Hey, aku berani lah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan..''
Umar menolak cabaran.

`'Kau ulang lah kata kau berani 1000 kali. Aku tak kan percaya selagi
kau tak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku
cabar kau tackle Maziah dengan cara apa sekalipun…'' wajah Fathil
hambar. Dia keluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan
malamnya di cyber café, manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-
mana awek dalam laman chit-chat.

(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik juga lah…) bisik
Fathil.



Umar tercabar. Dia mendengus. Simcard baru diisi ke dalam
handset. Sejurus selepas itu, irama handset berbunyi.

`'Hello! Fathil…'' suara lunak seorang gadis menerjah masuk ke
gegendang telinga Umar.

`'Err, hello. Fathil tak der,'' Umar gugup berhadapan suara itu.

`'Ah, alasan je tu! Fika tak percaya… Fika nak cakap dengan Fathil,
cepatlah…'' suara itu mendesak.

`'Betul…dia keluar. Sumpah!'' Umar meyakinkan.

`'Dah dekat 1000 kali Fika call, kenapa dia tak angkat?''

`'Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya,''

`'Fika dah agak…dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa
salah Fika…semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan,''
suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.

`'Tapi, tak semua….'' Umar membela kaumnya.

`'Fika tak pernah jumpa pun….semua lelaki yang Fika kenali tak boleh
harap,''

`'Err, suatu hari nanti jumpa lah….''

`'Huh, entah bila…''

`'Berdoalah pada Allah,''

`''Berdoa?'' gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.

(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.

`'Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-
untung, putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!''
gadis itu melawak sambil ketawa lagi.



Hati Umar bergetar. Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan
melalui telefon. Itupun secara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman
Islamnya dulu tidak pernah memberi peluang dan ruang untuknya
mengenali seorang perempuan dengan lebih dekat. Jauh sekali untuk
berhubung begini. Kali pertama dia cuba mendekati perempuan sewaktu
awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak, perempuan
itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro' di
sekolahnya dulu.



Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-
ngiang di pendengaran.

(Merdu sungguh suaranya., tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil
syok kat perempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash
pulak?)

(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni….)

Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba
irama handsetnya berbunyi lagi.

`'Hello, Fika ni!''

Gurlp! Umar menelan liur.

`'Hello!'' balas Umar.

`'Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan
diri pun,'' Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan
hatinya.

`'Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan.
Saudara?''

`'Err…Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,''

`'Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…''

`'Ish, tak der lah. Biasa je…''

`'Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang
Umar, boleh?''

`'Abang?!'' Gurlp!!!

`'A'ah….tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan abang Umar
?!''

`'Err…'' kelu lidah Umar.

`'Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rindu
Fika, sms lah…miss you my hero! Ummmwah…''

Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh
menerawang. Dia cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-
bisikan asyik tentang seungkap nama Nur Syafika. Suara halus selunak
buluh perindu itu terus bermain-main di ingatan. Umar cuba menepis
tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan
menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.

`'Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?'' Fathil
mengajak. Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar.
Dia mesti bijak menjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan
Fika. Baru petang tadi dia diburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk
rayu. Akhirnya dia menjanjikan sesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia
tak boleh bebas daripada gadis yang licik itu selagi Umar tak
dijadikan penggantinya.

`'Tak minat!'' balas Umar. Ringkas.

`'Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni… Jom lah Umar, aku
bukannya ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun,
bukan ada apa-apa malam ni…bosanlah!''

`'Aku tak nak!!'' tegas Umar.

`'Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau
sanggup tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?'' Fathil tahu
kelemahan Umar, seterusnya cuba menjerat.

`'Tapi…Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni…''

`'Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-
cepat. Aku segan lah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak
geng setan. Ntah macam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng
diorang jugak, kan?!''

`'Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu…Tapi Hanif ngan Faizi bukan!
Mereka kawan baik aku,''

`'Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku…''

`'Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak
tau. Ingat aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan
diorang. Asyik nak ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman
sekolah dulu lagi agaknya,''

`'Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah…'' Fathil ragu-ragu.

`'Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!''

`'Hah, macam tu lah kawan aku! Jangan pandai cakap je tapi kena
tunjukkan. Macam ni lah yang aku nak…''



Fathil menghidupkan enjin motorsikal krissnya. Umar
membonceng di belakang. Kepalanya asyik memikirkan pertemuan yang
bakal diatur antara Umar dan Fika.

`'Eh..eh.. Maziah lah!'' Fathil tak menyangka terserempak dengan
Maziah.

`'Yang mana?''

`'Tu, tu, baju putih…''

Umar berpaling ke belakang. Matanya liar meneliti gadis berbaju putih
yang sedang menunggu di perhentian bas bersama beberapa orang
kawannya. Kelajuan motorsikal yang dipandu oleh Fathil menyebabkan
pandangannya mampu menatap wajah Maziah sekilas cuma.

`'Nampak tak?'' suara Fathil agak meninggi melawan frekuensi angin.

`'Sikit-sikit je..kau bawa motor laju sangat,''balas Umar.

`' Okey, aku pusing lagi sekali. Cam betul-betul tau…'' Fathil
bertindak seperti apa yang dikata. Sebaik sahaja melepasi perhentian
bas itu, dia memperlahankan motorsikalnya sambil berteriak gatal,

`'Maaaziaaahhhh…!'' Gadis itu memandang tepat. Kawan-kawannya juga
turut memandang. Panahan matanya tembus ke hati Fathil hinggakan
motorsikal yang dipandunya hampir hilang kawalan. Nasib baik sempat
cover.

(Boleh tahan! Tapi, macam pernah nampak, di mana ya?) bisik Umar.

Umar cuba mengecam wajah Maziah sekali lagi. Matanya beralih fokus
kepada seseorang.

(Eh, Asiah Yusro?!)Dia terperanjat melihat gadis yang berada di tepi
Maziah ialah Asiah Yusro, gadis pujaan hatinya.

(Alamak, mesti Asiah Yusro terkejut tengok aku naik motor dengan budak
gila-gila macam Fathil ni. Mesti dia sangka aku tak thiqoh lagi. Ahh,
..biarkan. Boleh blah lah Asiah Yusro dengan thiqoh kau tu…kaulah
wanita paling kejam. Bertahun-tahun kau buat jiwa aku terseksa!)



Fathil mencari tempat parking berhampiran dewan besar
universiti. Kakinya pantas menyusun rentak ke dewan, diiringi oleh
Umar.

`'Lawa si Maziah, kan?!''

`'Kau memang…cari orang lawa je!''

`'Kau tahu ape! Maziah tu bukan saje lawa tapi baik, tau!''

`'Buktinya?''

`'Ntah?! Aku tengok dia pandai bawa diri. Nampak terjaga…''

`'Perasaan kau je tu!Aku rasa perempuan macam tu berpotensi besar buat
jiwa kau terseksa,'' Umar belajar daripada pengalaman.

`'Orang tak de mak we cam tu lah! Mana kau tahu tengok perempuan,''

`'Kau jangan cabar aku, Fathil. Tengoklah nanti, dalam masa sesaat pun
aku boleh cari mak we,''

Pap! Satu tumbukan lembut singgah di bahu Fathil. Seorang gadis
berwajah jelita, beraksi menggoda sedang menarik muka masam.

`'Fathil nak nyorok dari Fika, ye?!'' marah gadis itu. Comel.

(Fika?! Gurlp!!)

`'Umar, kau bertuah malam ni…memang sesaat pun!'' Fathil separuh
berbisik. Umar kehairanan dan cuba mentafsirkan kata-kata itu.

`'Err, tak de lah Fika. Fathil sebenarnya puas cari pengganti untuk
Fika. Bukan Fathil tak suka Fika, tapi Fathil rasa ada orang yang
lebih baik untuk Fika berbanding Fathil. Itu tanda sayang ikhlas
Fathil pada Fika. Kenalkan ni Umar Al-Mujahid. Dia boleh jadi pak we
baru Fika,''pandai Fathil menyusun ayat. Dia memang mahir bertanam
tebu di pinggir bibir. Hatinya melonjak-lonjak riang kerana boleh
bebas daripada perempuan yang dianggap merimaskan ini. Lagipun dia
tahu, memang itu yang Fika inginkan. Fika tentu gembira melihat lelaki
misteri yang membonceng motornya tempoh hari, kini ada di depan
matanya.



Umar dan Fika saling berpandangan. Umar lemas dengan renungan tajam
gadis itu. Dia makin tenggelam dengan senyuman manis yang mula
berkuntum dari bibir mungil bak limau seulas, merah bak delima
merekah.

(Cunnya Fika!) terbeliak mata Umar.

(Wow, 10 kali ganda lagi hensem dari Fathil! Macam Hritik Roshan..)
Fika pun turut terpegun dengan ketampanan Umar.



Hidup Umar makin terawang-awangan dibuai bayangan Fika. Si
gadis jelita. Teknologi sms `dimanfaatkan' sepenuhnya sebagai
penghubung saban hari. Kadang-kadang, sampai tak tidur malam mereka
berbalas sms.

(Jiwa aku selalu resah. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah.
Inikah makna cinta? Ya, aku rasa, aku dah jatuh cinta!)

Kini, barulah Umar dapat merasai keseronokan memiliki seorang teman
wanita sebagaimana yang sering diceritakan oleh Fathil. Memang
seronok! Umar tak mampu lagi menongkah arus di lautan cinta remaja
yang menipu daya. Dia membiarkan dirinya terus dan terus hanyut
dipukul badai cinta yang kian bergelora. Cinta yang terumbang-ambing
di samudera luas dan tak tertinjau tepiannya. Kini, malamnya ditemani
mimpi-mimpi indah,siangnya teruja dek warna-warni cinta. Cinta itu
indah.

(Fika, kau istimewa! Bagiku, kaulah penyingkap makna cinta di hati
ini… Fika, bayanganmu sentiasa menemaniku. Fika, hatiku milikmu! Oh,
Fika…)



Tok!Tok! Assalamualaikum…

Kebetulan, Fathil hendak membuka pintu untuk keluar tatkala pintu
biliknya diketuk.

`'Umar ada?'' seraut wajah bersih seorang lelaki tercegat di depan
biliknya. Bibir lelaki itu menguntum senyuman. Tangannya dihulur untuk
berjabat tangan dengan Fathil. Fathil menyambut salam dengan kekok.

`Saya Banna… Hassan Al-Banna,'' lelaki itu memperkenalkan diri.

`'Kenal…selalu dah nampak muka kau tapi tak tahu nama. Kau duduk kolej
sebelah, kan?!''

`'Mmm…awak?''

`'Aku Fathil,''. Sejurus selepas itu Fathil melaung memanggil Umar.

`'Umar, kawan kau datang!'' Tiada laung balas. Senyap. Handset Fathil
pula berirama minta diangkat.

`'Hello, Joe! Dia masih ada kat stall tu? Aku nak pergi lah ni,''.
Fathil tergesa-gesa mengikat tali kasut.

`'Umar tertidur, kot. Pergi lah jenguk dalam compartment dia tu!''
Ujar Fathil kepada Banna. Banna mengangguk. Fathil meluru keluar
sebaik sahaja tali kasutnya kemas diikat.



Banna masuk ke compartment Umar. Dia sedang nyenyak tidur.
Tidur petang. Di dalam genggamannya yang terbuka, Banna menjeling
kepada satu mesej yang tertera di skrin handset.



Bang Umar, takkan asyik sms je. Petang esok kita jumpa kat PWTC nak?
Bolehlah bang…plizzzzzz….luv u!!! Fika saaaaaayang abang. Ummmwahhh!


Banna terkejut membaca mesej itu. Dikelip-kelipkan matanya bagaikan
tidak percaya.

(Umar sedang bercinta?) hatinya sukar menerima.

Selang seketika, pintu bilik itu dikuak orang. Fathil masuk tergesa-
gesa tanpa membuka kasut. Dia mengambil sekeping kad bersampul biru
muda.

(Tertinggal agaknya…)Banna memandang Fathil dengan senyuman.

`'Dia tak bangun lagi ke?'' Fathil sempat menjenguk Banna di dalam
compartment Umar.

`'Emm..tak lagi!'' balas Banna masih tersenyum. Fathil mendengus lalu
menggoyang-goyangkan bahu Umar.

`'Woii, bangunlah….kawan kau datang ni!'' tengking Fathil. Umar
menggosok-gosokkan mata. Dia menatap paparan mesej di skrin handset
seketika, kemudian pantas menutupnya.

`'Macam tu lah dia. Hari-hari main sms sampai tertidur. Aku nak ajak
keluar pun susah sekarang ni,'' leter Fathil . Hati Banna makin curiga
dengan Umar.

`'Err, nak ke mana tu?'' Banna sempat bertanya.

`'Nak ke stall. Sekarang ni kan Mujahidah Week, bolehlah membeli
sambil ngorat mujahidah…'' Fathil ketawa berdekah-dekah dengan
lawaknya. Banna turut tersenyum.

`'Chow dulu…'' Fathil melemparkan senyuman ramah.

(Bagus dia, mudah masuk ngan orang…) hati Banna memuji Fathil.



Banna menerangkan kepada Umar bahawa dia datang untuk
mengajak Umar menghadiri perjumpaan mingguan smart group bagi pelajar-
pelajar lepasan Sekolah Taman Islam, sebuah sekolah swasta yang tidak
asing lagi di negeri Utara. Namun, tak semua orang yang menyertainya
berasal daripada sekolah itu, majoriti mereka daripada situ. Smart
group ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan mereka, berbincang soal
akademik, akhlak, isu semasa, tarbiyyah dan da'wah. Smart group juga
dapat mengikat hati-hati mereka agar tetap bersama sahabat-sahabat
yang soleh dan suasana yang mendidik. Kewujudan smart group adalah
cetusan dari kesedaran bahawa fatamorgana dunia hari ini terlalu
menipu daya. Maka, setiap jiwa yang hajat kepada Islam perlu
dikumpulkan bersama biarpun dalam smart group kecil agar mereka boleh
lengkap- melengkapi dan kuat- menguatkan menghadapi cabaran
jahiliyyah.

(Ahh, boleh blahlah smart group! Pergi jahanam dengan Asiah Yusro…
Aku dah besar, aku tak perlukan smart group. Aku bukan pelajar Sekolah
Taman Islam lagi. Aku mahasiswa universiti. Smart group, namanya pun
sudah jelek aku mendengarnya!)

`'Banna, ana ada hal lah esok,'' Umar masih mengekalkan ganti nama ana
yang cukup sebati dituturkan di Sekolah Taman Islam.

`'Hal apa yang lebih penting dari smart group?''

`'Err…nak buat assignment, banyak lagi tak siap. Hari Isnin ni dah
kena hantar,'' Umar beralasan. Dia sudah pandai berbohong.

`'Kalau macam tu, kita buat smart group di bilik nta. Sambil-sambil
tu, kami semua boleh tolong nta siapkan assignment..'' Banna
menawarkan pertolongan.

`'Eh, tak yah lah…ana boleh buat sendiri,''Umar menolak.

`'Datang smart group kejap je, Umar. Tak sampai pun sejam. Insyallah,
kalau nta datang, Allah akan permudahkan urusan nta untuk buat
asignment . Kalau kita tolong agama Allah, Allah akan tolong kita.
Smart group bukan benda main-main, ianya tanda sensitiviti kita pada
agama. Sahabat-sahabat kita semuanya dah cukup rindu kat nta,. Masuk
ni, dah tiga kali nta tak datang. Bayangkan tiga minggu nta
menghilang, macam mana sahabat-sahabat kita tak risau?!''

(Mereka semua ni sama cam dulu. Ambil berat sungguh! Tapi, aku dah
bosan dengan smart group…)

`'Malam kami ziarah bilik nta ramai-ramai tu, nta ke mana? Bukan ke
kita dah janji?!'' Banna melontarkan persoalan.

`'Ana minta maaf. Ana terlupa. Malam tu, Fathil ada urusan. Ana
temankan dia. Tak sempat nak hantar mesej kat nta,''

`'Umar, ana bukan nak marah, ana masih sangka baik kat nta. Nta tetap
sahabat kami sampai bila-bila. Datanglah esok…''

`'Esok memang ana tak bolehlah. Kirim salam je lah kat semua. Kalau
ditanya, katakan ana banyak assignment,''

`'Insyallah. Oh ya! Dr. Azmin kirim salam . Dia kata puas dia contact
nta tapi tak dapat-dapat,''. Wajah kebapaan bekas guru di Sekolah
Taman Islam yang kini sudah bergelar pensyarah itu, bertandang di
fikiran Umar. Baru semalam dia bertembung dengan Dr. Azmin namun dia
cepat-cepat mengelak.

(Aku tak nak jumpa Dr. Azmin lagi. Aku dah bosan dengan bicaranya
tentang tarbiyyah dan da'wah. Tarbiyyah, da'wah? Pergi jahanamlah…aku
dah meluat. Pergi jahanam bersama Asiah Yusro)

`'Ana dah tukar sim card?''jawab Umar bersahaja.

`'Kenapa tak inform?''

`'Ana nak rahsiakan nombor ana,'' Umar tak berselindung.

`'Kenapa ni Umar?''hairan Banna dibuatnya.

`'Ntah?!Bosan…''getus Umar. Wajahnya berkeriut kebencian.

`'Bosan? Bosan dengan apa?''

`'Bosan dengan semua yang ada di Taman Islam. Ana rasa terkongkong.
Betul-betul bosan! Rasa muak bila diajak ke program-program tarbiyyah
terutamanya smart group. Tolonglah…ana tak nak dengar perkataan tu
lagi, bosan! Ana tak nak semua ni. Ana nak rasa enjoy macam orang
lain. Ana tak tahan dan memberontak bila kat sini pun korang semua
masih nak kongkong ana macam kat Taman Islam dulu. Ziarah, usrah,
ukhuwwah, da'wah, tarbiyyah…ahh, meluat!''terpancul kata-kata yang
sarat luahan.

(Kenapa aku luahkan semua ni? Ahh…biarkan…biarkan…dah lama benar ia
terpendam) Umar puas dengan luahannya. Peluh dingin memercik di dahi.

Banna terpaku.

(Benarkah apa yang aku dengar ini? Alam nyata ke ni?)

`'Umar, nta bosan dengan hidayah Allah?'' Banna mengungkap.

(Gurlp! Bisa sungguh pertanyaan ni!)

`'Umar, kat Taman Islam dulu, nta Ketua Pengawas yang sangat ana
kagumi. Ana masih ingat lagi kata-kata nta dulu….. diri kita ibarat
cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul
angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang
dengan ilmu dan iman, anasir-anasir lain akan masuk. Kita hajat kepada
tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman agar hidayah
Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu hajat pada hidayah
Allah,'' Banna menyambung lagi,

`'Umar, ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada
Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri
kita daripada mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah
kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha
mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita,
kenapa kita nak sia-siakannya?''

`'Ahh, jangan ulang ucapan tu lagi. Ana bosan mendengarnya,'' jiwa
Umar gersang. Sudah lama tak disirami hujan iman.

(Itu dulu. Apa yang aku dapat dari semua tu? Kerana semua tu lah, aku
mengenali Asiah Yusro, lantas sejak itulah perasaanku terseksa. Aku
juga tahu, kerana semua tu lah Asiah Yusro tak membalas cintaku. Semua
tulah yang merampas Asiah Yusro dariku. Aku benci!!!)

`'Umar, jangan cuba lari dari hidayah Allah. Fikirkanlah, sampai bila
nta nak berkrisis dengan Allah macam ni? Hidup ini takkan selamanya
begini. Kita akan mati berjumpa Allah. Nta nak termasuk di kalangan
orang-orang yang rugi?'' Banna tidak jemu melembutkan hati Umar. Banna
terdiam.

(Ahhhhhhhhh….bosannya!!! Tapi, betul juga cakap Banna)

`'Ana tak sekuat nta, Banna. Ana futur, tak larat nak bangun balik.
Nantilah,esok kalau ada masa ana datang smart group,'' jiwa Umar
terusik. Banna tersenyum. Air liurnya tak terbuang sia-sia.

`'Ana akan tunggu nta.Bukan ana je, tapi kami semua akan tunggu nta.
Ingat, sahabat-sahabat kita rindukan nta, terutamanya mas'ul kita, Dr
Azmin,''



Irama handset Umar berbunyi. Umar nampak gugup.

`'Hello, err, nanti abang telefon kemudian. Abang ada tetamu ni…''
Umar menjawab panggilan dengan ringkas. Banna faham lalu meminta diri.

`'Tak per lah Umar, ana pergi dulu. Nak jumpa adik kembar ana kat
stall jap, Assalamualaikum. Jumpa lagi,'' Banna bangun beredar. Umar
membalas salam. Selang seketika,handsetnya berbunyi lagi. Umar
menjawab panggilan itu dengan suara lembut. Banna menjeling.

(Adik dia kot…)hati Banna cuba berbaik sangka. Namun, otaknya ligat
berfikir sesuatu. Basah di ingatannya mesej yang sempat dicuri-curi
baca sebentar tadi, lalu dia membuat satu sms.



Assalamualaikum. Smart Group bertukar venue di PWTC, kul 5.30 ptg
esok.



Banna melangkah ke gerai yang berderet-deret tersusun
berhampiran dewan besar universiti sempena Mujahidah Week. Dia mencari
gerai kepunyaan Kelab Penulisan. Adik kembarnya berniaga di situ. Dari
jauh, Banna melihat adiknya Maziah bersama Asiah Yusro, teman baik
adiknya sedang sibuk menyusun buku-buku di gerai mereka.

(Ish, Asiah Yusro pun ada?! Seganlah….)hati Banna berbisik. Dia
mengakui hatinya resah tiapkali terpandang Asiah Yusro, mawar
mujahidah acuan Sekolah Taman Islam yang sangat dihormati kerana
ketokohannya dalam tarbiyyah dan da'wah. Lantaran itu, hatinya akan
segera beristighfar. Dia tidak mahu jiwanya dibiarkan parah dibaham
mazmumah.



Banna memberanikan jua kakinya melangkah mendekati gerai Kelab
Penulisan.

`'Assalamualaikum. Maziah, abang nak jumpa, jap,'' Banna mengajak
adiknya beredar sedikit daripada gerai itu. Maziah meminta izin
daripada Asiah Yusro. Asiah Yusro mengangguk lembut sambil mengukir
senyuman. Sebelum beredar bersama abangnya, Maziah sempat mengambil
cebisan-cebisan kertas berwarna biru yang baru dikoyak dari dalam
lipatan sebuah buku.

`'Kertas apa tu?'' Banna menjeling.

`'Tadi, ada sorang classmate Maziah bagi. Geli Maziah membaca ayat-
ayat yang ditulis lalu dengan spontan tangan Maziah mengoyaknya. Maaf,
tak sempat nak tunjuk kat abang..'' Maziah meyerahkan cebisan-cebisan
kertas itu ke tangan abangnya. Banna menyambut lalu membelek-belek.

`'Lelaki ke?''

`'Kalau perempuan, Maziah tak kan buat macam ni, bang…''

`'Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta macam ni akan
datang silih berganti. Sebab tu lah kita hajat sangat pada tarbiyyah
agar kita tak hanyut nanti.,''nasihat seorang abang.

`'Abang doakanlah selalu untuk Maziah ye. Hidayah tu milik
Allah…Maziah takut hidayah tu hilang dari diri Maziah jika tergoda
dengan ujian ni. Allah tak perlukan Maziah tapi Maziah memang terlalu
memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita
tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita, kan bang?!''

(Syukurlah Allah masih memberi kesedaran ini kepada adikku. Wanita
yang ditarbiyyah adalah sebaik-baik nikmat di dunia ini)

`'Mmm.Sama-samalah kita berdoa….'' Banna mengangguk setuju.



`'Kau tengok tu! Patutlah dia koyak senang-senang je kad
yang aku beli mahal-mahal, rupa-rupanya dah ada pak we,'' bentak
Fathil yang berada selang beberapa gerai dari kedudukan Maziah dan
abangnya.

`'A'ah lah Fathil. Eh, eh, dia tunjuk kat pak we dia pulak kad kau tu.
Aku rasa, tentu pak we dia tengah hina kau teruk-teruk. Melampau
diorang ni, Fathil,'' tambah Joe.

`'Dating depan orang ramai pulak tu,'' darah Fathil mendidih.

`'Nampak je baik, tapi spesis Fika jugak ni. Yang aku bengang sangat,
aku kenal pak we dia tu,''gigi-gigi Fathil dicengkam kuat,
bergemerincing.

`'Siapa?''

`'Kawan roommate aku. Banna namanya. Ingatkan dia budak waro', tapi
sama setan cam aku je. Maziah tu pulak memang sengaja dating depan
aku, nak sakitkan hati aku lah tu,''

`'Fathil, kau tengok je awek kau kena kebas depan mata? Kalau aku, aku
takkan biarkan budak tu. Kena bagi penangan skit…''

`'Aku ni pantang dicabar, Joe. Aku tengah mendidih ni. Dah lah aku
meluat ngan Fika ramai boyfriend, baru nak pikat perempuan baik,
begini pulak jadinya. Kalau nak bagi penangan, bukan setakat Banna,
Maziah dan Fika pun aku nak ajar sekali,''

`'Aku tahu kalau Fathil yang cakap memang dia buat,'' Joe makin
mengapi-apikan kemarahan Fathil.

`'Joe,malam ni kau dan Umar ikut aku belasah Banna, nak?''

`'Malam ni? Kenapa lambat sangat…sekarang ni pun dah boleh belasah
ngan mulut. Semburlah pedas-pedas skit kat diorang yang tengah
berasmara tu,''

Fathil makin terbakar dengan hasutan Joe.



`'Maziah, tahu tak ziarah keluarga Hanif pada cuti semester
lepas tu ada makna?''

`'Hanif mana ni bang?''

`'Alah, Hanif…kawan abang yang hitam manis tu. Dia tak de rupa sangat
tapi agamanya, insyallah.''

`'Oh, yang ada bersama abang ketika kita jumpa hari tu?! Dia dari
Sekolah Taman Islam jugak ke, bang?'' Pergaulan yang terbatas di
sekolah itu menyebabkan pelajar perempuannya kurang mengenali pelajar
lelaki. Begitulah sebaliknya.

`'Takk, dia sekolah biasa je. Tapi aktif ikut tarbiyyah kat sini. Dia
dalam smart group yang sama dengan abang.,''

`'Maziah ingat….zaman kecil-kecil dulu, keluarganya selalu ziarah
rumah kita. Tapi, bila dah besar macam ni dia jarang ikut keluarganya
ziarah. Dia tu nakal masa kecil dulu,kan abang? Maziah cukup tak suka
kat dia dulu. Dia selalu ejek Maziah macam-macam,''

`'Alah, masa kecil semua orang nakal. Perempuan biasanya baik sikit
lah. Kalau kita tahu kelemahan seseorang, kita kena ingat, no body is
perfect. Kita pun ada kelemahan. Membetulkan adalah tanggungjawab
kita. Maziah macam mana sekarang ni? Boleh terima ke kalau keluarga
Hanif masuk meminang?''

`'Sebenarnya, Maziah dah fikirkan semua ni. Umi dah bagitahu Maziah
awal-awal lagi. Ibubapa Hanif betul-betul berharap. Maziah tak kisah
siapa pun yang bakal jadi suami Maziah, asalkan fikrahnya jelas dan
dia berada di atas jalan tarbiyyah dan da'wah. Maziah tak pernah
pandang rupa atau kekayaan, Maziah hanya hajat pada agama dan
bimbingannya,''

`'Syukurlah, abang gembira dengan jawapan Maziah….''



Tiba-tiba…..

`'Ingatkan perempuan pakai tudung labuh tu baik, tapi tak sangka ala-
ala setan jugak. Nak dating pun pergi tempat lain lah woiii…''laung
Fathil dengan kuat ke arah Banna dan Maziah. Mereka terkejut. Beberapa
orang pelajar yang lalu lalang memandang sinis ke arah mereka dengan
kata-kata Fathil yang lantang itu. Banna cuba menjelaskan keadaaan.
Dia menghampiri Fathil.

`'Fathil…dengar sini…''

`'Aku kenal kau. Hipokrit. Berlagak baik tapi sebenarnya setan….''

`'Fathil…'' Banna cuba bersuara lagi. Terhalang.

`'Sudahlah….tak payah nak mengaku baik lagi. Sudah terang lagi
bersuluh. Nak buat maksiat pun depan-depan orang. Buat malu nama
universiti je,'' Fathil tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan
daripada Banna selepas memalukan mereka berdua di khalayak ramai. Dia
puas lalu meninggalkan mereka terpinga-pinga.



Asiah Yusro melihat kejadian itu. Dia bergegas menghampiri
Maziah.

`'Sabarlah Maziah, Allah tahu nti adik- beradik,''

`'Manusia memang macam tu, bila timbul rasa dendam dan cemburu tak
bertempat, dia mula lah nak lakukan perkara tak baik pada orang lain,
'' luah Maziah dengan gelagat Fathil, rakan sekelas yang sering
mengganggunya saban hari.

`'Maziah, pandanglah semua orang dari kacamata dakwah. Kasihan lelaki
tadi, mungkin niat dia ikhlas nak mencegah mungkar di depan matanya
tapi kurang teliti dengan tindakannya. Lagipun, kedudukan Maziah dan
abang Maziah tadi memang boleh menimbulkan prasangka, betul tak ?''
Maziah mengangguk.

`'Kita doakanlah agar orang sepertinya akan mengenal tarbiyyah dan
da'wah bil hikmah dengan izin Allah,'' Kata-kata Asiah Yusro
menenangkan hati Maziah. Dia berzikir memuji Allah.



Banna datang menghampiri adiknya.

`'Maziah, kita beristighfarlah atas kejadian tadi. Mungkin silap kita
juga. Semuanya kerana salah faham,'' Banna mengingatkan adiknya.
Maziah tersenyum. Begitu juga Asiah Yusro.

`'Insyallah, bang! Err, abang…dia lah yang menghantar kad biru tu.
Maziah ada mendengar abang panggil nama dia tadi, abang dah kenal dia,
ya?!'' Tanya Maziah.

`'Dia roommate Umar Al-Mujahid, bekas ketua pengawas sekolah kita
dulu. Abang selalu ziarah biliknya,'' Banna menerangkan. Di Taman
Islam, siapa yang tak mengenal Umar Al-Mujahid.

`'Oh, ingat tak peristiwa kat bus stop tu? Rasanya, Umar lah yang
membonceng motor dia?'' Maziah memandang Asiah Yusro. Asiah Yusro
berfikir sesuatu. Hatinya resah mendengar nama Umar Al-Mujahid.

(Apa khabar dia sekarang? Masihkah dia seperti dulu? Hebat dengan
tarbiyyah dan da'wah…). Tak lama kemudian, Asiah Yusro bersuara,

`'Ana pun rasa begitu. Bersyukurlah kalau lelaki tadi sebilik dengan
Umar. Mudah-mudahan Umar boleh membimbingnya mengenal tarbiyyah dan
da'wah,''

Banna terdiam dengan kata-kata itu.

(Alangkah bagusnya kalau begitu. Tapi, aku takut si Fathil pula yang
membimbing Umar agar lari dari hidayah Allah. Na'uzubillah.
Astargfirullah, sangka tak baik kat orang pulak aku ni.
Astargfirullah)



Fathil masuk ke bilik dengan nafas kencang berombak di dada.
Dipecat baju lalu dihempas kasar ke katil. Sejurus kemudian, dia
merebahkan badan.

`'Kenapa kau ni, Fathil? Masih gagal tackle Maziah ke?'' tanya Umar
yang sejak tadi memerhati. Umar baru sahaja selesai berbalas-balas sms
dengan Fika.

`'Aku bengang betul lah!''

`'Bengang apa?''

`'Maziah dating depan aku tadi lepas sesuka hati dia je koyak kad yang
aku bagi. Siapa tak bengang?''

`'Orang dah ada pak we, cari lain je….''

`'Huh, tak semudah tu! Ni Fathil…dia belum kenal lagi siapa Fathil!''

`'Kau nak buat apa?'' Umar ingin tahu.

`'Aku nak belasah dia malam ni. Kalau kau kawan aku, kau kena ikut
aku,''

`'Belasah perempuan?'' (Gila!) bentak hati Umar.

`'Bodoh! Belasah pak we dia lah…''

`'Eh, kau biar betul! Takkan sampai nak belasah orang,''

`'Kau memang penakut lah Umar. Benci! Bukannya aku nak belasah betul-
betul. Takut-takutkan je. Joe pun ikut sekali, tak penakut macam kau!
Kau bayangkanlah, dia sanggup rampas mak we aku dan sengaja ajak
dating depan mata aku. Anak jantan mana tak tercabar? `'

`'Bila masa kau berjaya jadikan Maziah awek kau? Orang rampas awek kau
atau kau yang rampas awek orang?'' Umar tahu Fathil tak pernah berjaya
tackle Maziah.

`' Kau tahu apa Umar?! Tu lah…asyik gila bersms je. Kau kena ingat,
kau dapat Fika pun sebab aku. Apa perasaan kau kalau aku nak berbaik
balik ngan Fika dan ajak dia bermadu asmara depan mata kau?''

Umar akhirnya mengalah.



`'Hah, tu dia! Kau sedia Joe, kau masuk dulu,'' Fathil
menunding jari tepat ke arah Banna yang baru sahaja keluar dari
kolejnya menuju ke kafetaria. Wajah Banna agak samar dalam cahaya neon
yang kurang terang. Fathil, Umar dan Joe bersembunyi di sebalik
sebatang pokok pinang kota. Tatkala Banna melewati kawasan yang agak
gelap itu, Joe menerajang Banna dari belakang sekuat hati. Tenaganya
difokus padu kepada kaki. Banna jatuh terpelanting beberapa meter ke
tanah. Mukanya tersembam ke batu sehingga hidungnya berdarah. Gigi
taringnya hampir tercabut.Umar masuk menyerang dengan menyiku belakang
Banna beberapa kali. Banna masih tersemban di situ. Dia menarik kolar
baju Banna untuk membuat pukulan seterusnya namun langkahnya mati
serta-merta tatkala terpandang wajah lelaki itu.

Banna dan Umar saling berpandangan. Tangan kiri Umar masih kemas
menggengam kolar baju Banna dan tangan kanannya menggumpal penumbuk.
Perlahan-lahan Banna melepaskan gengaman dan meleraikan penumbuknya.
Umar menghulurkan tangan, membantu Banna untuk bangun. Banna menyambut
dan bangun membersihkan debu-debu tanah di badannya.

(Kau Banna? Ah…kasihan kau!) kesal hati Umar.



`'Cis, mampuslah korang berdua!'' Fathil meradang melihat drama itu
lalu cuba menyerang Umar dan Banna serentak. Umar bertindak pantas
mematahkan serangan Fathil dengan menggunakan ilmu taekwando yang
dimiliki. Fathil sempat membuka beberapa langkah silat tempang dan
membuat tumbukan tepat sebelum serangannya dipatahkan. Joe pula masuk
membantu tetapi silatnya juga berjaya dipatahkan oleh Banna walaupun
sudah tercedera. Banna gagah dan tegap orangnya. Kalau tidak dipukul
curi sebentar tadi, mungkin mereka tak berpeluang mencederakannya.

`'Woii!!'' seorang Pak Guard yang kebetulan meronda menjerkah mereka.
Cahaya lampu picitnya yang terang meyuluh satu persatu wajah-wajah
pelajar di hadapannya. Dia sudah berada terlalu dekat dengan mereka.

(Tiada harapan untuk lari) dengus Joe.

`'Woii. Korang gaduh ye?''

`'Tak, kami berlatih taekwando!'' Fathil berdalih.

`'Berlatih taekwando? Takkan sampai berdarah-darah cam ni?'' Pak Guard
menyuluh tepat ke arah Banna. Hidung dan mulutnya berdarah. Gigi
taringnya yang longgar akibat tersemban ke batu, kini sudah tercabut
kerana terkena penumbuk Joe.

`'A'ah. Kami ada perlawanan minggu depan. Terpaksa berlatih kat kolej,
'' tambah Joe.

`'Jangan nak berdalih. Aku dah masak dengan perangai student. Tak de
orang yang berlatih sampai berdarah cam ni,'' Pak Guard masih curiga
lantaran melihat darah yang makin membuak-buak keluar dari hidung
Banna. Begitu juga mulutnya.

`'Betul Pak cik. Saya berdarah sebab tersembam ke batu tadi. Tak
sengaja,'' Banna pun terpaksa berbohong untuk meredakan keadaan yang
menjadi semakin tegang.Bukan bohong tapi helah.

`'Lain kali, kalau nak berlatih pun, pergilah dekat court . Yang
korang berlatih dalam gelap tepi batu-batu kerikil ni, saper suruh?
Sudah, aku tak nak tengok korang berlatih kat sini lagi. Cari tempat
lain!'' Pak Guard meyakini kata-kata Banna lalu minta mereka segera
bersurai.



`'Kau ingat, kau tunjuk baik, aku boleh maafkan kau?'' api kemarahan
Fathil masih menyala-nyala terhadap Banna. Telunjuknya tepat dihala ke
arah batang hidung Banna. Ketika itu Pak Guard sudah pun berlalu
pergi.

`'Woii, Fathil! Kenapa kau tak cakap awal-awal kau nak belasah kawan
aku, hah?'' Umar menengking Fathil. Joe sedang mengurut-ngurut
lengannya yang sakit dipulas Banna sebentar tadi.

`'Kau ingat aku ni bodoh sangat nak bagitahu kau? Mesti kau tolak
awal-awal. Aku nak kau nampak sendiri, kawan kau yang tak guna ni lah
rampas mak we aku. Pas tu dating depan orang ramai, buat maksiat!''

Umar terdiam. Dia memandang Banna seketika. Dia teringat Banna ada
mengatakan bahawa dia ingin berjumpa adik kembarnya ketika akhir
pertemuan mereka petang tadi.

(Patutlah first time aku tengok Maziah, aku rasa aku pernah nampak
dia. Baru aku perasan, wajahnya memang mirip wajah Banna)

`'Fathil, awak salah faham..'' Banna bersuara, cuba menjelaskan
keadaan. Fathil segera memotong.

`'Aku tak nak dengar apa-apa dari orang hipokrit macam kau! Maziah tu
mak we aku, kalau aku nampak korang berdua-duaan lagi sekali, aku
takkan serik belasah kau,''

`'Bodoh! Memang kau salah faham…'' Umar menengking lagi. Dia tak dapat
menahan kemarahannya. Kalau dikutkan hati, mahu sahaja dia meramas-
ramas mulut celupar Fathil yang menuduh Banna bukan-bukan.

`'Salah faham apa? Aku tengok depan mata kepala aku sendiri…'' Fathil
menguatkan kenyataannya.

`'Aku pun tengok!'' tambah Joe.

`'Kau pun sama bodoh! Buat malu je! Tu adik kembar dia lah, bukan mak
we!'' Umar meyakini Banna memang mempunyai adik kembar walaupun tak
pernah mengenali kembar Banna sebelum ini. Banna adalah sahabat yang
terlalu dipercayainya. Fathil terdiam kaku dengan keterangan itu.
Merah padam mukanya.

(Aku belasah bakal abang ipar aku sendiri?)



Dari jauh Pak Guard tadi melihat mereka masih belum bersurai malah
bertikam lidah pula. Dia menghidupkan motorsikalnya untuk meronda ke
sana lagi sekali.

`'Anggaplah tak de apa-apa yang berlaku. Saya minta maaf. Semuanya
kerana salah faham bukan salah sesiapa,'' ujar Banna dengan lembut
sambil menghulurkan tangannya.

(Uih, makhluk jenis apa yang baik sangat ni?) Malu sendiri Fathil
dibuatnya. Dia tidak menyambut salam itu kerana terlalu malu. Dia
menumbuk ringan bahu Joe untuk mengajaknya beredar. Pak Guard yang
semakin hampir membatalkan niatnya menegur tatkala melihat adegan
Banna menghulur tangan, kemudian Fathil dan Joe mula beredar.

`'Tadi, berlatih taekwando. Ni berlatih teater pulak ke?'' sempat Pak
Guard menyindir sambil berlalu pergi.



Umar merenung wajah Banna.

`'Banna, cedera nta teruk ke?''

`'Sikit je,'' balas Banna, masih mampu mengukir senyuman.

`'Nta tak patut minta maaf dari Fathil. Bukan salah nta pun. Fathil tu
yang memandai kata Maziah awek dia. Dia memang macam tu, kalau dah
syok kat perempuan, memang dia usahakan jugak sampai dapat,''

`'Lupakanlah….. Sebenarnya, Maziah tu dah ada orang masuk. Ana harap
nta boleh bagitahu Fathil hal ni,''

`' Insyaallah.Ana minta maaf. Ana betul-betul tak tahu mereka nak
belasah nta tadi,'' Umar dihantui rasa bersalah apatah lagi melihat
sahabatnya berdarah.

`'Tak per, Umar. Lupakan… Nta juga yang tolong ana tadi. Terima-
kasih! Moga Allah yang dapat membalasnya. Tapi, ana harap nta akan
mengambil pengajaran. Belasah orang bukan cara untuk menyelesaikan
masalah. Silap haribulan, boleh kena buang universiti. Kita kena
berfikir panjang sebelum bertindak. Hari ni, ana, kawan nta sendiri
yang nta belasah. Esok lusa, kalau nta belasah orang lain pun, dia
juga adalah kawan kepada seseorang, anak lelaki kepada seseorang dan
abang kepada seseorang. Fikirkan berapa manusia yang membenci dan tak
meredhai nta kalau nta membelasah seseorang!!'' Kata-kata Banna
membuatkan Umar terfikir.

`'Banna, ana minta maaf!'' Umar memeluk Banna. Handsetnya berirama
sekaligus meleraikan pelukannya. Ada mesej yang diterima.



Bang Umar sayang, esok kita jumpa kat PWTC, jangan lupa pulak! Fika
dah tak tahan ni. Rasa rindu sangat kat abang. Hidup Fika betul-betul
jadi gila tak menentu, asyik ingatkan abang je! Esok ye sayang….luv U
!!



Umar serba- salah selepas membaca mesej itu. Wajah Hanif, Syamil,
Hizbi, Faizi dan Dr. Azmin seakan-akan terpancar dari anak mata
Banna, mereka seolah-olah sedang melambai-lambai mengajaknya ke smart
group pada petang esok. Umar membaca mesej Fika sekali lagi. Dia tewas
dengan kuasa cinta Nur Syafika.

`'Banna, esok jangan lupa kirimkan salam ana kat semua. Ana betul-
betul tak boleh pergi smart group,''

`'Baiklah, ana tak berhak paksa nta. Ana cuma mampu mengajak. Ana
doakan, Allah permudahkan urusan nta untuk siapkan assignment nta,.
Kalau sempat siap, nta datanglah. Kejap pun tak per,' balas Banna.
Mengharap.

****************************************************

Fika tidak putus-putus mengukir senyuman. Wajah kacak Umar
Al-Mujahid benar-benar membuatkan dia berasa bangga dapat berjalan di
sisinya. Matanya sentiasa menjeling manja menatap wajah pemuda itu.
Dia cuba memasukkan jejari halusnya di celah jejari Umar namun
ditepis oleh Umar. Suasana di tepi tasik PWTC begitu romantis
dirasakan.

`'Kita tak boleh bersentuhan lagi, berdosa!'' iman di dada Umar
bersuara. Fika mencebikkan bibir.

`'Alah, pegang tangan je, bukan buat apa-apa yang tak senonoh. Fika
kan sayang abang. Nanti, Fika jadi milik abang juga. Apa salahnya Fika
nak bermanja sikit dengan abang,''Fika bersuara manja. Gerak badanya
melentok ke sana- sini kerana cuba menggoda Umar. Umar terdiam. Gurlp
!! Tersirap darah mudanya.Perlahan-lahan, tangannya dibiarkan berada
dalam genggaman Fika.



Fika puas kerana tindakannya tidak dihalang lagi. Direbahkan pula
kepalanya ke bahu Umar.

`'Abang Umar sayang, Fika nak tunjuk sesuatu pada abang, tapi Fika
takut abang marah Fika,''

`'Tunjuk apa?''

`'Abang kena janji takkan marah?''

`'Kenapa abang nak marah pulak?''

`'Janjilah dulu sayang…''

`'Okey,abang janji takkan marah Fika,''

Fika tersenyum. Dia membuka selendangnya di hadapan Umar. Kacamata
hitam yang dipakai turut dipecat seketika. Umar kelu tak terkata apa-
apa.

`'Fika nak tunjuk rambut Fika, baru buat teknik rebonding. Lurus tak
rambut Fika? Abang suka tak?''

Gurlp! `'Fika, pakai balik tudung tu!'' arah Umar.

`'Kenapa? Abang tak suka rambut Fika ke?'' Fika bersuara merajuk.

`'Err, suka. Tapi, perempuan tak boleh tunjuk rambut dia pada lelaki.
Berdosa!''

`'Alah, Fika tunjuk pun pada bakal suami Fika juga. Inilah tanda
sayang Fika pada abang. Fika memang terlalu sayang kat abang. Salah ke
Fika nak bahagiakan abang? Abang tu sepatutnya hargai pengorbanan
Fika. Abang ingat, buat teknik rebonding ni murah ke? Fika bazirkan
duit Fika untuk abang. Fika nak kelihatan cantik pun semata-mata untuk
abang. Ini bukti cinta Fika, bang! Tulus cinta Fika pada abang…'' Umar
makin lemas dihambur kata-kata manis Fika.Matanya dikaburi warna-warni
pelangi yang indah dalam dunia cinta ciptaan syaitan. Imannya
direntap-rentap dan ditusuk-tusuk oleh kata-kata Fika. Tangannya mula
diangkat berani memeluk bahu Fika. Matanya dipejamkan agar mindanya
boleh terbang menyahut khayalan dunia cinta Nur Syafika.



`'Sejauh mana pun kita bersembunyi, Allah tetap nampak kita,''ungkapan
kata-kata Dr. Azmin tiba-tiba terngiang-ngiang di minda Umar. Imannya
berbisik lagi, masih tidak mahu tewas melawan bisikan syaitan.

Serentak dengan itu, Umar membuka matanya, terbit rasa berdosa. Dia
memandang sekeliling dan mula terperasan bahawa ada sekumpulan pemuda
sedang berkumpul di tepi tasik dengan posisi yang sangat hampir dengan
posisinya. Mereka sedang rancak berbincang sesuatu. Umar menjeling
sekilas pandang.

`'Gurlp! Diorang?'' Dada Umar berombak kencang tatkala melihat Banna,
Hanif, Hizbi, Syamil, Faizi dan Dr Azmin sedang mengadakan smart group
di situ.



Umar menolak Fika dari pelukannya. Dia mencapai selendang Fika lalu
memakainya. Kacamata hitam milik Fika turut dipakainya. Fika hairan
melihat tindakan Umar disusuli ketawa manja. Dia menyangka Umar sedang
berlawak untuknya.

`'Kenapa abang pakai selendang Fika? Luculah abang ni!'' Fika mencubit
paha Umar.

`'Fika, apa yang kita buat ni berdosa!'' Umar bersuara tegas
menyebabkan Fika mengkeriukkan dahinya. Umar semakin diburu rasa
bersalah tatkala melihat sahabat-sahabatnya.

(Ya Allah, aku harap mereka tak nampak aku!) hati Umar menaruh
harapan. Dia tidak sedar bahawa sahabat-sahabatnya sudah sekian lama
memerhati gelagat mereka berdua.

`'Tapi…ini bukti cinta kita, bang! Fika bahagia dalam pelukan abang.
Fika sayang abang,''

`'Mampuslah dengan cinta! Nak kena tangkap basah?'' Umar tiba-tiba
meradang. Jiwanya takut sekali.

`'Jom balik!'' Umar mengajak pulang.

`'Abang, Fika tak fahamlah! Kenapa tiba-tiba nak ajak balik? Fika
belum puas lagi bersama abang!''wajah Fika penuh keliru.

`'Fika ada sakitkan hati abang ke? Kalau ada, tegurlah Fika, jangan
buat Fika tertanya-tanya macam ni. Fika tak nak kehilangan abang
sebagaimana Fathil tinggalkan Fika. Fika sayang abang!''



`'Abang nak balik…'' Umar berdiri lalu berjalan meninggalkan Fika.

`'Abang Umar, pulangkan tudung Fika!'' Fika menjerit kuat membuatkan
semua sahabat-sahabat Umar berpaling ke arah Umar. Umar turut terhenti
langkahnya dan memandang sahabat-sahabatnya. Mata mereka bertembung.

Hanif tiba-tiba tergelak kuat melihat keadaan Umar yang cuba
menyembunyikan dirinya dengan memakai selendang perempuan. Dr Azmin
menyiku Hanif. Hanif tunduk terdiam. Umar membuka selendang yang
dipakainya. Dicampak ke lantai. Air mata lelakinya bergenang. Ditahan
sekuat hati agar tidak tumpah. Sahabat-sahabatnya datang menghampiri.
Fika berdebar melihat lelaki-lelaki itu lalu diambil selendangnya
sambil cepat-cepat berlalu pergi.

(Pegawai pencegah maksiat ke ni? Baik aku lari. Padan muka kau, Umar.
Kau hadapilah seorang diri!)



`'Antum semua dah nampak. Ana jahat!!!'' Umar meluahkan. Suaranya
sebak.

`'Umar, kalau kami tak nampak pun, Allah tetap nampak! Dia berada
dimana sahaja!'' Dr. Azmin bersuara.

`'Umar, nta harapan agama, harapan ummah! Kembalilah mencari hidayah
Allah,'' Dr. Azmin bersuara lagi.

`'Ana rasa berdosa.Kotor! Tak layak untuk menerima hidayah Allah!''
luah Umar penuh kesalan.

`'Kita tak layak atau tak nak? Itulah hebatnya kita ada Allah dalam
hidup kita. Sejahat mana pun kita, Dia tetap sayangkan kita.
Kembalilah Umar….kembali bersama kami,'' Banna memujuk.

`'Ya, Umar. Nta tetap sahabat kami sampai bila-bila. Jangan sia-siakan
potensi diri nta. Kami masih menaruh harapan tinggi pada nta,'' lembut
kata-kata Hizbi.

`'Umar, di mana hilangnya Umar Al-Khattab abad ke-21 yang bertunas di
Taman Islam dulu?'' Banna mengingatkan saat kegemilangan Umar, Ketua
Pengawas Sekolah Taman Islam yang berwibawa.

Syamil dan Faizi turut memberikan kata-kata perangsang untuk menaikkan
semangat Umar agar kembali di atas jalan da'wah dan tarbiyyah.



`'Tadi, nak luruh jantung ana bila antum nampak maksiat yang ana buat.
Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan Allah bila Allah nampakkkan
semula maksiat tu di padang mahsyar nanti,'' Umar betul-betul
menyesal.

`'Umar, bertaubatlah. Allah Maha Pengampun. Manusia memang sentiasa
ada kederhakaannya pada Allah, sebab tu lah kita hajat pada tarbiyyah
untuk memelihara diri kita. Kita tak boleh hidup sorang-sorang di
dunia yang banyak perangkapnya ni. Musang akan cepat menyambar kambing
yang duduk sorang-sorang,'' Faizi mengatur kata. Umar memeluk Faizi.
Seterusnya Dr Azmin, Syamil,Banna, Hanif dan Hizbi turut dirangkul
erat. Jiwanya sebak.

(aku bertuah kerana ada sahabat macam korang semua…Aku bosan dengan
perjuangan, tapi aku tak pernah bosan ada kawan macam korang. Aku
tahu, roh perjuangan yang aku cuba lari darinya itulah yang menjadikan
korang sebaik ini…)

*************************************************************
`'Keluarga Hanif merisik nti? Alhamdulillah… Bertuah nti
kerana akan dapat sahabat kita nanti. Ana teringatkan kak Safar, kak
Aisyah, kak Husna, kak Akmal dan kak Farah. Mereka semua sanggup tak
kahwin lagi semata-mata menanti pinangan sahabat-sahabat kita. Bukan
mereka tak laku, tapi mereka nak bersama orang yang boleh membawa
mereka terus istiqomah di atas jalan tarbiyyah dan dakwah,'' Asiah
Yusro tumpang gembira dengan berita yang terpancul dari mulut Maziah
namun berita itu membawanya terkenang kepada beberapa orang sahibah
sefikrah yang masih belum berumah-tangga.

`'Ana pun ada mendengar tentang kak Akmal yang dipaksa kahwin oleh
keluarganya dengan seorang lelaki. Lelaki tu bukan dalam kalangan
sahabat kita dan kurang pula kefahamannya tentang tarbiyyah dan
da'wah,'' tambah Maziah.

`'Kasihan kak Akmal. Dia mengalami konflik dengan keluarganya sekarang
ni,. Sama-samalah kita doakan dia, Apa yang ana kesalkan,tak de
sorangpun sahabat yang tampil berkorban untuk selamatkan kak Akmal
sedangkan isu ni dan lama dibangkitkan,'' Asiah Yusro bersuara kesal.

`'Masakan tidak, ramai sahabat nak cari orang luar. Selalunya, dalam
bab a'mal Islami yang lain kita boleh berpadu kefahaman dan tindakan
tapi dalam bab memilih jodoh, ramai sahabat yang nak cari sendiri.
Mereka tak nak lagi ambil Islam secara menyeluruh. Yang cantik je
menjadi pilihan, yang kurang cantik dipinggirkan,'' Maziah mencebik
bibir. Lipatan tudungnya dibetulkan.

`'Betul. Sepatutnya mereka mengambil pengajaran daripada hadith yang
menyuruh mereka lebih memandang agama seseorang gadis melebihi
kecantikan, harta atau keturunannya. Semua itu akan pudar dan hilang
kecuali iman si gadis,'' Asiah Yusro menyokong kata-kata Maziah.

`' Tapi, tak semua sahabat begitu…nak tak nak, kita kena baik sangka
juga dengan sahabat-sahabat kita. Tengok, ramai yang berjaya bina
baitul da'wah mereka. Kita patut bersyukur kerana kita pun antara
orang yang dilahirkan daripada baitul da'wah. Malah, berpeluang pula
menjadi bekas pelajar di Sekolah Taman Islam bersama-sama kebanyakan
generasi semaian baitul da'wah,'' Asiah Yusro berbaik sangka.

`'Tengoklah juga Hanif, dia tetap memilih sahibah…'' Asiah Yusra
mengusik Maziah yang kelihatan terdiam seketika.

`'Astargfirullah! Lagho ana nanti…'' Maziah membulatkan mata.

`'Maaf, ana gurau je..'' Asiah Yusro tersenyum manis. Maziah geram
diusik. Dia berfikir sesuatu,

`'Yusro, nti pun tentu menjadi rebutan sahabat,'' Maziah pula yang
mengusik.

`'Ish, tak de lah. Siapalah ana….'' Asiah Yusro merendah diri.

`'Alah, bukan ana tak tahu, nti pernah dicuba sahabat tapi nti
menolaknya,'' Tercengang Asiah Yusro mendengar kata-kata itu.

(Ya, Umar Al-Mujahid pernah merisikku. Tapi, aku tak pernah menolak.
Aku cuma diam pada risikannya. Jauh di sudut hati, aku harap dia
faham bahawa diam itu tanda setuju)

`'Mana nti tahu?'' dia terkejut bila rahsianya terbongkar.

`'Umi nti kan kawan baik umi ana. Umi nti yang cerita….


Baru-baru ni pun, mas'ulah kita, Dr. Sal ada minta biodata dan gambar
nti, kan?! Dah tentu ada sahabat yang berkenan kat nti tu,''Maziah
tertawa kecil melihat telatah Asiah Yusro yang mula tertunduk malu.



Di ingatan Asiah Yusro, terimbas kembali bagaimana Umar Al-Mujahid
pernah beberapa kali menghantar mesej untuk merisik dirinya sebaik
sahaja mereka dipertemukan kembali dalam universiti yang sama. Tetapi,
mesej Umar terbengkalai tanpa apa-apa jawapan. Bukan Asiah Yusro tak
sukakan Umar Al-Mujahid, namun dia terlalu terkejut dengan tindakan
berani Umar. Justeru, dia mengabaikan mesej-mesej Umar begitu sahaja
agar perasaan terkejutnya kembali tenang. Dia terkejut kerana dirisik
oleh sahabat yang paling dikaguminya di Sekolah Taman Islam. Malah,
dia sering melarikan diri daripada bertembung dengan Umar kerana
terlampau malu. Hatinya resah. Memang, Asiah Yusro tak dapat lagi
menipu diru. Dia juga turut merasakan bahawa hatinya menaruh harapan
terhadap Umar. Namun, hari-hari yang pantas berlalu, dia terus
disibukkan dengan akademik, Kelab Penulisan, program-program tarbiyyah
dan da'wah daripada berfikir soal itu. Dia langsung tidak mengambil
tahu perkembangan Umar di universiti. Asiah Yusro terlampau menjaga
hatinya agar tidak rosak, sakit dan mati kerana diracuni nama seorang
lelaki. Baginya, cinta adalah ujian yang paling berat dan besar
fitnahnya di alam remaja. Dia bermujahadah untuk tidak terjebak ke
dalam sumur buta itu.

(Entah bagaimana keadaan Umar sekarang…masihkah dia setia menantiku?
Ahh, ku tepis rindu ini! Aku yakin, dialah orang yang meminta
biodataku dari Dr. Sal sebab tu aku tak kan tanya Dr. Sal tentang hal
ni. Moga, Allah memudahkanku untuk membina baitul da'wah idaman
bersamanya…) Asiah Yusro bermonolog sendiri. Memang sesekali hatinya
tidak dapat mengelak daripada berfikir tentang Umar.



Maziah menyergahnya.

`'Tiba-tiba berkhayal, ye?!Fikirkan masa depan? Jangan bimbang, nti
wanita solehah, tentu mendapat suami yang soleh juga. Moga-moga di
kalangan sahabat,'' Maziah mengusik. Dia pula mengimbas sesuatu.
Ibunya berjumpa Dr. Sal dan ibu Asiah Yusro seminggu yang lepas. Ibu-
ibu mereka berkawan baik dengan Dr. Sal sejak mereka sama-sama
menuntut di universiti yang sama. Tujuan mereka adalah merisik Asiah
Yusro untuk abangnya, Hassan Al-Banna. Namun, ianya diluar pengetahuan
Asiah Yusro.Maziah sudah lama menduga abangnya menaruh hati terhadap
teman baiknya sebelum abangnya itu berani menyuarakan hasrat hati
kepada ibu. Ibu merekalah yang telah meminta gambar dan biodata Asiah
Yusro daripada mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr Sal.

`'Bang Umar, baliklah pada Fika. Fika rindu abang Umar yang
Fika kenali dulu,'' Fika terus memujuk rayu. Handset Umar sentiasa
berirama dengan mesej dan panggilan daripada gadis itu.

`'Fika, kita dah tak de apa-apa lagi. Berapa kali orang nak cakap,''

`'Abang, sampai hati abang! Takkan semudah ni abang nak tinggalkan
Fika? Abang tak kasihankan Fika? Apa salah Fika pada abang?''
terdengar suara tangisan Fika. Hati Umar terusik.

`'Abang, Fika selalu jadi mangsa cinta lelaki. Selepas Fika dah
menaruh harapan tinggi, senang-senang je lelaki nak tinggalkan Fika.
Fika ingat Fika dah jumpa cinta sejati selepas menemui abang, tapi
rupanya Fika silap. Abang pun sama macam jantan lain. Abang langsung
tak kasihankan Fika?'' Umar terus diracuni pujuk rayu dan tangisan Nur
Syafika. Berbisa sungguh tangisan seorang wanita di hati seorang
lelaki.

`'Fika, abang pun masih sayangkan Fika. Tapi, abang tak boleh terima
bila perhubungan kita ni atas jalan yang salah, jalan yang Allah tak
redhai. Abang mengakui, abang lemah menghadapi godaan Fika. Abang tak
nak peristiwa tempoh hari berulang lagi. Fika harus faham, jika Fika
sayangkan perhubungan ni, Fika kembalilah mencari Allah. Bila hati
kita sama-sama mencari Allah, barulah kita masih ada peluang untuk
hidup bersama,''

`'Abang, bimbinglah Fika,''terus merayu.

`'Apa yang mampu abang lakukan. Pergaulan kita terbatas kerana kita
adalah mahram. Kalau Fika betul-betul hajatkan bimbingan, Fika carilah
seorang pelajar bernama Asiah Yusro. Abang yakin dia boleh bimbing
Fika. Kalau tak silap abang, dia selalu hadiri kuliyah Tazkiyatul Nafs
oleh Dr. Azmin setiap Ahad malam di department abang,''


*********************************************************



`'Banna, ana tak tahan bila selalu dipujuk Fika. Ana kasihan
kat dia. Ana rasa nak kahwin dengan dia,'' Umar meluahkan kepada Banna
ketika menziarahi Banna di biliknya.

`'Umar, ana tengok nta tak pernah nak berkongsi dengan mas'ul kita
tentang masalah nta ni tiapkali diadakan smart group. Kejap lagi Dr
Azmin datang. Masalah nta ni rumit. Nta perlu ada syuur perkongsian
dengan mas'ul kita. Insyaallah dia boleh bantu,''. Smart group minggu
ini diadakan di bilik Banna. Selang beberapa minit mereka asyik
berbual, Dr Azmin pun datang. Mereka bersalam berpelukan. Tidak lama
kemudian Hanif, Hizbi, Syamil dan Faizi turut menyusul. Kali ini, Umar
berkongsi masalahnya dengan sahabat-sahabatnya dalam smart group.
Setelah mendengar luahan Umar, masing-masing tampil memberikan hujah
bernas untuk menolong Umar menyelesaikan masalahnya. Umar terharu
dengan pandangan-pandangan ikhlas sahabat-sahabatnya.



`'Umar, kita kena sedar matlamat kita yang nak dicapai. Perjalanan
kita masih terlalu jauh dan berliku. Untuk mencapai matlamat
mardhotillah yang kita idam-idamkan, kita perlukan teman yang solehah
dalam membina baitul da'wah. Generasi yang nak dilahirkan adalah
generasi yang boleh mewarisi da'wah kita ini,'' Syamil berhujah
matang.

`'Kenapa nak cari orang luar sedangkan sahibah kita ramai yang tak
kahwin lagi?'' Faizi menduga.

`'Sebenarnya, ana dah cuba tackle sorang sahibah, tapi dia langsung
tak layan. Ana tahu ana tak layak untuk sahibah tu. Dia terlalu baik
untuk ana. Ana ni siapa, banyak dosa! Ana betul-betul serik nak tackle
sahibah lagi. Mereka semua wanita mulia,'' wajah Asiah Yusro bermain
di minda Umar.

`'Nta terlalu cepat membuat kesimpulan daripada pengalaman yang nta
lalui. Mungkin cara nta tak berapa kena membuatkan sahibah tu belum
terbuka lagi untuk menerima nta saat tu. Nta patut cuba lagi dengan
perantaraan mas'ul kita atau ibubapa. Mungkin cara tu lebih syaro' dan
boleh diterima olehnya,'' Banna menasihatkan.

`'Ye, kita kena jaga syaro'. Lelaki tak boleh dekati perempuan dan
perempuan tak boleh dekati lelaki terlalu rapat walaupun dah bertunang
sekalipun. Hanya perkahwinan yang menghalalkan semua tu.'' Faizi
menyokong. Umar terdiam seketika.



`'Ana sedar. Itulah dosa yang ana buat dengan Fika. Semuanya setelah
ana putus asa tackle sahibah tu. Kalaulah ana masih di Sekolah Taman
Islam, tentu ana tak jadi macam ni,'' sesalan Umar tidak sirna.

`'Umar, kat sini baru kita boleh nampak kualiti sebenar diri kita.
Kita harus sedar bahawa kita takkan selamanya berada dalam suasana
seperti di Taman Islam. Di sinilah kita perlu berperanan untuk
mengubah apa jua suasana yang kita lalui dan menjadikannya sebagai
suasana mendidik, suasana tarbiyyah. Kita tak nak larut dengan
suasana, seterusnya menjadi sembelihan kepada sistem,'' Syamil tak
lupa memainkan peranannya.

`'Ana rasa nta tak boleh go on dengan Fika walaupun dia kata dia nak
berubah. Nta ibarat permata yang gemilang untuk Islam. Nta kena cari
sahibah,'' Hizbi mengemukakan pendapat peribadinya.

`'Apa pendapat Dr.?'' Hizbi bertanya pendapat Dr. Azmin yang cuma diam
berfikir. Mas'ul sudah tentu banyak pengalaman.

`'Ana malu nak menyuruh nta cari sahibah kerana ana sebagai mas'ul pun
cari orang luar dulu. Tapi Alhamdulillah, dia dah mula ada kesedaran
tarbiyyah dan da'wah. Tambah-tambah lagi bila ana kahwin lagi satu
dengan seorang sahibah. Banyak dia dapat manfaat daripada isteri kedua
ana. Alhamdulillah mereka boleh hidup rukun damai, sama-sama berusaha
mencetak pewaris da'wah daripada zuriat kami,'' mas'ul mereka
meluahkan. Mereka semua memandang tepat anak mata Dr Azmin yang jernih
berkaca.

`'Walaubagaimanapun, ana sangat-sangat bersetuju dengan saranan untuk
mencari sahibah sebagai sayap kiri perjuangan. Ana dah lalui, kahwin
dengan orang luar dan sahibah ni banyak bezanya. Bayangkan wanita yang
tak lalui tarbiyyah dan kurang persiapan Islam menyebabkan beban
da'wah kita lebih berat dalam baitul da'wah. Tarbiyyah untuk zuriat
kita pun akan turut tergugat. Siapa lagi kalau bukan kita yang
terpaksa pikul semua tu?'' Dr Azmin berkongsi pengalaman berharga.

`'Sekarang ni pun, ada beberapa orang sohibah kita yang masih tak
kahwin. Siapa lagi yang nak selamatkan mereka daripada terlepas ke
tangan orang yang tak faham tarbiyyah dan da'wah kalau bukan kamu
semua?'' Masing-masing terdiam.

`'Antum semua dah di tahun akhir. Perkahwinan makin dekat dengan
antum. Sekarang ni, ada seorang sohibah yang dipaksa kahwin oleh
orangtuanya yang kurang faham. Dia lebih tua dari antum. Orangnya tak
de rupa sangat, tapi agamanya, Masyallah….. Ada yang sanggup?''

`'Ana!'' serentak Syamil, Faizi dan Hizbi menyanggupi. Banna, Umar dan
Hanif terdiam seolah-olah sudah ada pilihan hati. Dr Azmin tersenyum.

`'Bagus. Ramai yang sanggup. Ramai sahibah yang kan terselamat jika
sahabat seperti kamu sanggup mengorbankan kepentingan diri. Kita tak
boleh memilih dengan mengikut suara nafsu. Nafsu sudah tentu nakkan
yang cantik dan pandai menggoda sahaja. Di mana kita letakkan matlamat
kita ketika tu?'' Dr Azmin membuka minda mereka.



`'Ana sebenarnya bukan tak nak kahwin sahibah tapi…'' Hanif meluahkan
isi hati sambil memandang wajah Banna. Sudah lama dia memendam rasa
tidak puas hati apabila keluarganya merisik adik kembar Banna
untuknya. Banna mengkeriukkan dahi. Hanif faham Banna pelik dengan
kenyataannya.

`'Teruskan Hanif….'' Sambung Banna, penuh minat untuk tahu.

`'Entahlah, ana tak sangka keluarga ana berkenan dekat Maziah, adik
Banna. Zaman kecil-kecil dulu, ketika keluarga kami saling menziarahi,
ana selalu ejek Maziah sebab selalu pakai baju terbalik. Pakai kain
pulak senget. Masa zaman sekolah menengah pulak, ana tahu Maziah jenis
tak suka belajar masak. Kebanyakan sahibah ni aktif, tentu ramai yang
tak pandai masak. Rasa tak percaya bila ana kena jadi suaminya,''
Hanif mengkritik tanpa berselindung.

(Fathil separuh gila sukakan Maziah, dia ni pulak nak sia-siakan
peluang. Entah, tak faham aku dengan dunia ni!)hati Umar berbisik.

`'Takkan itu alasan nta untuk menolak seorang sahibah, tak bersangkut
paut langsung dengan maslahah da'wah. Itu zaman kecil. Nta pun apa
kurang nakalnya. Nta terlalu banyak berprasangka negatif. Kalau
sekarang ni pun nta masih tak puas hati dengan sebarang kekurangan
Maziah, nta perlu selidik dan nta perlu cari jalan untuk menegur
secara hikmah. Ana yakin adik ana boleh menerima teguran kerana dia
seorang wanita yang ditarbiyyah. Ana boleh menjadi perantaraan nta dan
Maziah,'' Banna membetulkan persepsi kolot Hanif terhadap seorang
sahibah. Bukan kerana sohibah itu adiknya tapi itulah hakikat yang
perlu disampaikan. Dia lebih kenal Maziah.

`'Ana tahu Maziah tiada kurangnya. Sebenarnya, ana ada sebab lain. Ana
rasa suka kat seorang sahibah yang ana rasa mustahil ana boleh dapat
dia. Terus ana rasa tak de mood nak cari sahibah,''

`'Nta ni Hanif…kenapa buat kesimpulan sebelum berbincang. Cepat benar
nta kata mustahil. Nta kan ada mas'ul. Kenapa tak bagitahu ana? Ana
boleh aturkan,''Dr Azmin bersuara.

`'Tak.Ana rasa ana memang tak layak untuk dia. Dia cantik, ana tak.
Dia putih, ana hitam. Dia….''

`'Huh, cantik jugak yang dipandangnya dulu. Itu suara nafsu nta,
Hanif,''

`'Maksud ana dia ada segalanya, cukup 4 ciri wanita yang Rasulullah
sebutkan….malah, kuat pegangan agama dan beramal dengannya! Ana sedar
ana tak layak untuknya,'' Hanif membela hujahnya.

`'Siapa?'' Dr Azmin ingin tahu.

`'Asiah Yusro…'' Hanif tidak segan silu memberitahu. Mata Banna dan
Umar terbeliak.

(Asiah Yusro???) hati mereka seakan tidak percaya.

Dr. Azmin memandang Banna. Banna sudah terlebih awal memberitahunya
bahawa dia sukakan gadis itu. Malah, Dr. Azmin sudahpun berbincang
perkara itu dengan mas'ulah Asiah Yusro iaitu Dr. Sal.





Jam menunjuk tepat angka 11 malam. Kuliyah Tazkiyatul Nafs
yang dikendalikan oleh Dr. Azmin baru sahaja berakhir. Mata Fika sejak
tadi liar memerhati Fathil dan Umar yang turut menghadiri kuliyah itu.
Seorang lelaki yang duduk di sebelah Fathil menarik perhatiannya. Dia
menjeling beberapa kali wajah lelaki itu dan kemudian menjeling wajah
seorang gadis di sebelahnya.

(Wah, mirip benar! Dah lah sama hensem dan cantik. Adik beradik kembar
ke ni?) fikiran Fika jauh mengelamun sejak tadi. Sedikit pun pengisian
Dr. Azmin tidak dihiraukannya. Dia menghadiri program tapi hatinya tak
hadir sama, akibatnya tarbiyyah tak berjalan.

(Entahlah kenapa aku datang ke sini, mungkin kerana Umar… atau kerana
Asiah Yusro yang Umar katakan .Aku sorang je yang pakai seluar. Ni
bukan tempat yang sesuai untuk orang macam aku!!!)

(Eh, nampak intim je Fathil dengan lelaki tu. Kalau dulu aku kenal
Umar kerana Fathil, kali ni, aku mesti goda Fathil supaya kenalkan aku
dengan lelaki ni pulak. Bolehlah lelaki ni jadi back up andai satu
ketika Umar tinggalkan aku)

Fathil memang menjadi intim dengan Banna selepas peristiwa pergaduhan
mereka. Mungkinkah ada udang di sebalik batu atau hatinya terpaut
dengan peribadi mulia Banna?



Tatkala menyedari pelajar-pelajar yang menghadiri kuliyah
itu mula bangun beredar , Fika memberanikan diri menegur gadis di
sebelahnya.

`'Maaf, tumpang tanya. Err, saya Fika. Awak kenal Asiah Yusro dalam
bilik kuliyah ni?'' Maziah tersenyum.

`'Saya Maziah. Asiah Yusro….hah, yang baru bangun dari kerusi depan
tu,'' Maziah menunding jari. Senyumannya masih tak lekang. Gembira
dapat menolong.

`'Oh, yang pakai tudung labuh warna kelabu tu?''

(Err, macam ustazah!)

`'A'ah. Jom! Boleh saya kenalkan awak dengannya..''

`'Err, tak pe lah. Saya….'' Fika segan melihat perwatakan Asiah Yusro.
Namun hatinya mendesak untuk berhadapan.

`'Alah, jangan risau. Dia baik, jom…''

(keranamu Umar…) Fika akur dengan ajakan Maziah. Maziah lantas
mempertemukan Fika dan Asiah Yusro.



Asiah Yusro tersenyum ramah menerima perkenalan yang tidak
disangka itu. Maziah beredar meninggalkan mereka. Dia ingin berjumpa
abangnya Banna kerana ada urusan peribadi.

`'Tak sangka boleh jumpa awak…'' Fika memulakan perbualan selepas
saling berkenalan.

`'Saya pun terharu sebab awak sudi nak berkenalan dengan saya. Semua
ni aturan Allah. Macam mana awak boleh kenal saya?''

(Asiah Yusro, unik nama kau. Orangnya pun manis. Patutlah Umar tak
berapa nak layan aku lagi. Mungkin gara-gara kau, perempuan perampas!)

`'Awak kenal Umar Al-Mujahid?'' Fika bertanya, mengabaikan persoalan
Asiah Yusro.

`'Kenal,'' ringkas jawapannya. Asiah Yusro kehairanan.

`'Macam mana boleh kenal?''lagak Fika bagaikan seorang peguam sedang
menyoal pesalah di kandang saksi. Nadanya mendatar.

`'Dia satu sekolah dengan saya dulu,''

`'Takkan kenal sebagai kawan satu sekolah je kot…awak bercinta
dengannya?''

`'Err…'' Asiah Yusro teragak-agak menjawab soalan itu. Pelik!

`'Mm, awak tak perlu jawab soalan tu. Dari riak wajah awak pun saya
tahu awak memang bercinta dengannya,''. Asiah Yusro menafikan tuduhan
yang tidak berasas itu. Gosip liar ini boleh mencemar nama baiknya.

(Ya, aku sukakan Umar. Tapi, kami tak pernah bercinta…)



Fika terus bertindak berani melemparkan tuduhan yang dicipta oleh
mindanya. Semuanya satu sangkaan semata-mata. Malah, dihamburkan
dengan kata-kata berbaur fitnah yang menyakitkan. Dia cukup cemburu
dan curiga dengan gadis itu. Baginya, perempuan yang terpancul namanya
di mulut Umar ini telah meracuni cintanya. Kehadirannya boleh
mengancam kebahagiaan.

(Cis, kau suruh aku mendapat bimbingan daripada si perampas ni, Umar?!
Mustahil… Aku tak perlukan bimbingan sesiapa hatta diri kau
sendiripun, Umar. Aku sudah seronok dengan gaya hidupku. Tak ada
sesiapa berhak mengajarku!) Fika sebenarnya langsung tidak berminat
untuk mendapat bimbingan sesiapa. Kata-katanya di hadapan Umar cumalah
madah berhelah semata-mata. Pada malam itu, Asiah Yusro dijadikan
mangsa untuknya melepaskan tekanan perasan yang meluat-luat dengan
kerenggangan perhubungannya dan Umar. Asiah Yusro tenang menghadapi
semua itu. Walaupun teruk dihina dan dinista namun dia masih mampu
tersenyum kerana meyakini Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

(Kasihan dia. Entah dari mana didengarnya cerita yang bukan-bukan ni.
Tak mengapalah, aku yakin Allah sengaja datangkan semua ni untuk
mengujiku. Ujian itu tanda sayangnya Allah padaku) Asiah Yusro terus
tabah. Hatinya tak putus-putus berzikir, berbaik sangka dengan ujian
Allah.

(Gila perempuan ni! Kenapa kau senyum pula? Kerana kau puas merampas
Umar daripada aku? Huh, jangan mimpi lah perempuan. Umar tetap akan
jadi hak aku)



`'Bang, Fika terseksa bila abang buat Fika macam ni. Fika
ajak abang jumpa kejap pun abang tolak. Dah lah tu, abang jarang-
jarang je jawab panggilan Fika. Abang dah benci Fika ke?''

`'Fika, abang nak kembali pada kehidupan bersama kawan-kawan abang.
Abang rasa lebih tenang bersama mereka. Dulu, abang cuba tinggalkan
mereka tapi hidup abang jadi tak tenteram,''

`'Mereka lebih penting daripada Fika?''. Umar terdiam. Sukar bibirnya
melepaskan ucap.

`'Abang akui, abang tak boleh lupakan Fika,''

`'Abang, jawab soalan Fika! Mereka lebih penting daripada Fika?''

`'Ya, Fika!'' terperanjat Fika dengan jawapan yakin Umar.

`'Menyampah! Fika benci abang! Fika benci semua lelaki! Fika boleh
jadi gila kalau macam ni. Jangan terkejut kalau Fika bunuh diri…''

`'Fika, jangan jadi bodoh! Fika ingat bunuh diri tu boleh selesaikan
masalah? Berlambak lagi masalah dalam alam barzakh. Fika cakap, Fika
nak berubah dan perlukan bimbingan. Fika dah cari Asiah Yusro seperti
yang abang suruh?''

`'Abang, kenapa Fika perlu cari perempuan tu? Fika tahu, kawan yang
lebih penting dari Fika yang abang maksudkan tadi ialah dia. Abang tak
perlu berdalih lagi. Abang sengaja nak sakitkan hati Fika. Abang suruh
Fika mencari orang yang telah merampas abang dari Fika?! Kalau Fika
cari pun, Fika akan ajar dia!'' hati yang sarat dendam tersurat
daripada kata-kata Fika.

`'Astargfirullah. Fika, tak baik sangka yang bukan-bukan. Abang cuma
berharap agar Fika boleh menerima bimbingan darinya….untuk kebaikan
Fika juga,''

`'Kenapa dia yang harus bimbing Fika? Kenapa tidak abang?''

(Perempuan ni sebenarnya belum bersedia ditarbiyyah. Dia ada niat
lain. Hatinya berajakan nafsu. Ini boleh menjadi hijab untuknya
menerima hidayah. Dia perlu ada kesediaan hati dan keikhlasan niat)

`'Fika, Fika perlu ikhlaskan niat kalau nak kebaikan. Ini bukan
nokhtah bidayah atau titik mula yang betul untuk berubah. Matlamat
tak menghalalkan cara. Abang tak boleh nak bimbing Fika sebab fitnah
bagi hati abang dan Fika jauh lebih hebat nanti. Jalan ni tak syaro'.
Kita juga yang terhijab dari hidayah Allah, rugilah kita!''

`'Tapi bang, Fika dah pun berjumpa Asiah Yusro. Dia tak sanggup terima
Fika untuk dibimbing. Fika ni terlalu kotor pada pandangannya. Macam-
macam dihinanya Fika. Dia seakan jijik melihat pakaian Fika. Fika tahu
Fika tak semulia dia, tapi salahkah Fika mengharapkan bimbingannya?
Bang, hati Fika benar-benar terguris dengan sikapnya. Fika tak nak
jumpa dia lagi. Fika serik,'' Fika berbohong dengan esak tangis yang
dibuat-dibuat untuk mencairkan hati Umar.

(Boleh percaya ke perempuan ni?) Umar ragu-ragu.

`'Bang, kasihanlah pada Fika. Fika benar-benar ikhlas perlukan
bimbingan. Abang bimbinglah Fika. Fika akan sanggup lakukan apa saja
yang abang suruh. Kalau abang nak suruh Fika pakai pakaian macam Asiah
Yusro pun, Fika akan pakai. Fika hanya perlukan bimbingan abang!''

`'Ahh, jangan buat sesuatu kerana abang! Semua amal kena ikhlas kerana
Allah. Kalau Fika nak ubah cara berpakaian Fika pun, perlu dengan ilmu
dan hujjah, bukan ikut-ikutan atau disuruh orang,''

`'Bang, Fika akui Fika jahil tentang semua tu. Bagaimana Fika boleh
berubah tanpa bimbingan orang seperti abang? Bang, tolonglah… Fika
rasa Fika perlu sangat-sangat jumpa abang. Fika nak pinjam buku-buku
agama yang abang miliki. Fika betul-betul nak berubah, bang! Jangan
biarkan Fika hanyut. Kasihanilah Fika…''

Pujuk rayu Fika berjaya juga mengusik hati Umar. Dia tewas untuk
kesekian kalinya. Pertemuan akhirnya diatur dengan Fika.

******************************************************************



(Kenapa rasa tak sedap hati ni? Asyik nampak muka Banna dan
yang lain-lain je. Ucapan-ucapan aku kat Sekolah Taman Islam pula,
selalu kedengaran kat telinga ni. Ada apa-apa yang akan berlaku ke
nanti? Allah redho ke tak ni?)

(Alah, aku jumpa Fika pun untuk bantunya pada kebaikan. Sekejap je.
Bukan nak buat apa-apa yang tak baik)

Hati Umar sedang diperangi bisikan-bisikan antara syaitan dan
malaikat.

Umar mencari-cari kelibat Fika. Kedudukan orang ramai berselerak di
sungai Ulu Yam menyukarkannya menemui Fika. Sudah setengah jam Umar
menanti. Dia membuka beg galas yang disandangnya, mencari handset. Dia
ingin membuat sms kepada Fika. Namun, handsetnya tiada.

(Eh, macam mana boleh hilang?) Otak Umar ligat berfikir. Dia cuba
mengimbas kembali kali terakhir dia memegang handsetnya. Memang sah,
dia meletakkannya di dalam beg itu.

(Peliknya…macam mana boleh hilang? Dicuri penyeluk saku kah?)



(Astargfirullah. Mungkin ini balasan Allah. Handset tu selalu aku
gunakan untuk tujuan maksiat. Aku dah salah gunakan teknologi sms.
Allah Maha Halus ujian-Nya, mungkin Dia tak nak aku buat maksiat
lagi….mungkin inilah tanda cinta-Nya) Umar terkenang akan dosa-
dosanya. Di saat-saat susah begitu, Umar pantas teringatkan Allah.
Dadanya sebak mengenangkan cinta Allah yang sentiasa hadir bersamanya
walaupun dia cuba menderhaka lagi. Penyayang-Nya Allah.

`'Semakin jauh ku dari-Mu, semakin dekat pula Kau menghampiri daku…

Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih, siapalah diriku di pandangan-Mu….''
Lidah Umar mengungkap sepotong nasyid. Kemudian, Umar termenung di
tepi sungai Ulu Yam, di atas sebuah batu besar. Dia tidak lagi
terfikir untuk mencari Fika. Wajahnya kelihatan risau.



(Handset hilang… Pedih menerima satu kehilangan. Hati jadi sedih.
Ahh, bodohnya aku! Kenapa aku tak merasai kehilangan seperti ini
ketika aku cuba lari dari hidayah Allah dulu??? Bertahun-tahun hidupku
tak keruan. Aku tak menyumbang apa-apa untuk agama Allah. Siapa yang
nak bayar harga kerugian itu? Aku kehilangan rahmat dan hidayah Allah
kerana aku sendiri cuai menjaganya. Baru aku sedar bahawa aku tak
cukup ikhlas mencari hidayah Allah di Taman Islam. Hatiku ada hijab.
Aku lebih mendamba cinta Asiah Yusro daripada cinta Allah. Aku
remehkan soal keikhlasan hati dan mazmumah yang ada tak sepenuhnya
kukikis. Kubiarkan ia bersarang. Akhirnya, ia merebak dan meracuni
hati.Lalu, Allah asingkan aku dari rahmat-Nya seketika. Azab rasanya!
Aku lemas dalam lautan cinta buta yang sementara. Mujurlah, Dia masih
sudi memimpinku kembali. Aku tahu, cinta-Nya padaku tak pernah
bertepi. Cuma aku yang tak menghargai.Cukuplah…aku tak mahu kehilangan
lagi. Ya Allah, Kaulah cintaku!) Hati Umar bermadah pilu. Rasa
kehambaan berkunjung datang. Rahmat Tuhan.



Tiba-tiba…

`'Uwarghhhhhhhh…..'' Fika menyakat Umar dari belakang. Wajahnya ceria.
Pakaiannya seksi menggoda. Rambutnya lurus melepasi bahu, diwarnakan
perang. Kedua-dua tangannya erat memegang bahu Umar. Umar segera
menepis kasar.

`'Hey, tak boleh sentuh lah!''

`'Alah, bang! Fika tak sentuh kulit abang pun, kena baju je,'' Fika
merengek manja.

`'Perbuatan tu tetap berdosa! Fika tak takut Allah?''suara Umar
meninggi. Setinggi suaranya mengeluarkan arahan sebagai Ketua Pengawas
di Sekolah Taman Islam dulu. Dia tidak mahu tertewas lagi.

`'Abang marah Fika? Fika dah tekad, Fika nak bunuh diri!'' Fika terus
bertindak melompat ke dalam sungai Ulu Yam dan mula terkapai-kapai
meminta tolong. Umar panik. Tanpa berfikir panjang, dia terus terjun
untuk menyelamatkan Fika. Fika memeluk erat tengkuk Umar sambil ketawa
berdekah-dekah.

`'Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha… Hari tu abang kata Fika bodoh sebab
nak bunuh diri. Tengok hari ni, abang pun bodoh jugak sebab percaya
Fika lemas. Sungai Ulu Yam ni ceteklah, bang. Mana boleh lemas!''.



Umar tertipu. Dia bertekad untuk bertindak tegas dengan gadis itu kali
ini. Dia cuba melepaskan dirinya daripada pelukan Fika.

`'Biar abang rasakan hangatnya cinta Fika. Fika takkan lepaskan abang
kali ni. Tak de lelaki yang pernah menang dengan pelukan Nur Syafika.
Ha ha ha ha ha ha…'' pelukan Fika semakin erat. Mereka bergelut di
dalam air.

`'Fika, jangan paksa abang berkasar dengan perempuan,'' Umar memberi
amaran.

`'Abang, jangan tipu diri sendiri. Dengar suara hati…abang bahagia
dipeluk Fika macam ni, kan?! Ha ha ha ha ha….''. Umar hilang kawalan.
Dia geram lalu menampar pipi Fika sekuat hati. Tenaga lelakinya
membuatkan mulut Fika berdarah. Fika terkesima, terdiam dari tawanya.
Umar segera mencari daratan.

`'Mulai saat ni, aku tak nak lagi kau ada dalam hidup aku. Syaitan!''
Umar mampu berkata `tidak' kepada nafsunya kali ini.

`'Abang….'' Fika menangis teresak-esak. Fika berlari dari dalam air
lantas mengejar Umar. Pakaiannya yang agak ketat semakin melekat di
badan kerana basah kuyup. Tergoda iman lelaki.



Fika berjaya mendapatkan Umar lalu dipeluknya kaki Umar seerat
mungkin. Badannya direbahkan ke tanah. Umar tidak dapat meneruskan
langkah. Dia tidak sampai hati menolak Fika dengan kakinya. Di tambah
pula dengan tangisan Fika berjaya melembutkan hatinya daripada
berkasar lagi. Dia menyesal kerana mencederakan gadis itu. Aksi itu
menjadi tarikan pelawat-pelawat yang lain. Fika tidak menghiraukan
mata-mata yang asyik memerhati. Dia masih menangis dan terus memujuk
rayu.

`'Fika, abang minta maaf kerana tampar Fika. Abang tak patut buat
macam tu!'' Umar melembutkan suara.

`'Abang, Fika tak kisah semua tu. Kalau abang nak bunuh Fika
sekalipun, Fika akan menyerah diri. Fika cuma sayangkan abang. Abang,
dengarlah suara hati Fika ni, Fika cintakan abang….'' tangisan Fika
terus berlagu hiba.

(Ahh, aku kena kuat untuk berkata `tidak')

`'Fika, bangunlah….'' Fika akur dengan suruhan Umar. Hatinya menyangka
Umar telah termakan pujukan.

`'Fika, dengar sini…abang terpaksa buat dua pilihan antara cinta Fika
dan cinta Allah. Abang memilih cinta Allah! Abang harap, abang akan
bebas dari bayangan Fika. Abang tak nak jumpa Fika lagi. Cukuplah
dengan dosa-dosa kita selama ni. Pesan abang yang terakhir, ingatlah….
cinta Allah takkan mengecewakan!'' Umar berlalu meninggalkan Fika.



Tangisan Fika semakin teresak-esak kedengaran.

`'Bang Umar, sampai hati abang! Fika tetap sayangkan abang sampai
bila-bila…'' laungan Fika tersekat-sekat dalam esak tangisnya. Umar
memejam mata seketika. Hati Umar sangat simpati terhadap Fika.

(Ah, tidak! Tidak! Tidak!) nafsunya dibantah tegas. Kakinya laju
melangkah tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.

`'Abang, Fika perlukan abang. Fika cintakan abang…'' Fika menjerit tak
keruan. Bagaikan orang gila lagaknya. Tiba-tiba langkah Umar terhenti.
Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Kakinya melangkah kembali
kepada Fika. Adakah Umar kan tewas lagi?



Fika tersedu-sedan melihat Umar berpatah balik menuju ke arahnya.
Bibirnya cuba mencipta senyuman. Air mata yang laju membanjiri pipi
cuba ditahan.

`'Abang, Fika tahu abang kan kembali pada Fika. Cinta kita cinta
sejati… Fika tak nak kehilangan abang lagi,'' Fika terharu. Tangannya
dibuka untuk menyambut kepulangan Umar ke sisinya.

`'Abang…baliklah pada Fika. Fika cintakan abang!'' lidahnya terus
merayu. Langkah Umar semakin menghampirinya. Fika memejamkan mata dan
tanganya masih terbuka supaya Umar boleh masuk ke dalam dakapannya.



`''Fika, buku-buku ni untuk Fika! Selepas ni, abang langsung
tak mengenali Fika yang buruk perangainya seperti ini. Abang harap
Fika boleh berubah menjadi Nur Syafika yang baru. Carilah cinta
Allah…di situlah Fika kan temui cinta sejati yang Fika cari-cari
selama ini…'' selepas itu langkah Umar tidak terhenti lagi.

`'Arghhhhhhhhhhh. Abang…..Fika cintakan abang!'' Fika menjerit sekuat
hati. Dilemparkan semua buku-buku pemberian Umar ke dalam sungai. Umar
tidak menghiraukan.

(Langkahku kali ini langkah Mujahid, pantang berundur! Ya Allah,
terima kasih

kerana memberikan aku kekuatan ini. Kekuatan yang pernah Kau berikan
kepada Yusof menghadapi Zulaikha. Aku memang hajat pada tarbiyyah
berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia ini terlalu dusta dan
menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dari murka-Mu.
Ya Allah, aku takut mengahdapi ujian hari esok. Tolonglah berikanku
kekuatan, aku tidak mahu tewas lagi. Aku berjanji takkan cuba
meninggalkan jalan tarbiyyah dan da'wah ini seperti dulu. Cukuplah
sekali aku pernah tertipu dek nafsu. Akan kuperangi suara nafsu habis-
habisan sebagai seorang mujahid laksana garangnya Umar di medan
perang. Akulah Umar Al-Mujahid!)





`' Umar, Dr. Sal kirim surat kat nta,'' Banna menghulurkan
sepucuk surat. Selepas itu dia masuk ke compartment Fathil dan rancak
berbual-bual. Persahabatan Banna dan Fathil makin erat terjalin saban
hari. Umar mengkeriukkan dahi. Keningnya diangkat. Dia membuka lipatan
surat itu dengan berhati-hati.

(Apasal pulak Dr. Sal tulis surat kat aku?)





KEBABASAN ADALAH UJIAN KETAHANAN IMANMU

Kau maukan seseorang

Memenuhi hatimu

Kerana kini kau bebas tidak seperti dulu

Dulu kau disekat dijaga

Maka kau pun boleh jaga juga

Tetapi kini kau bebas

Tak boleh jaga nampaknya

Satu demi satu tersungkur

Atau sekurang-kurangnya tumbang

Atau sekurang-kurangnya kecundang

Tidak ramai yang boleh jaga

Cinta bermaharajalela

Tiada tujuhala

Ingatlah kau dari sekolah mana

Sbt sbh mempunyai harapan yang tinggi

Kami mempunyai impian

Yang kami mahukan kamu semua memahaminya

Kami mahukan anak-anak semua

Meneruskan kegigihan kami

Menegakkan kalimah itu

Jangnlah leka nak

Janganlah kau ikutkan nafsu nak

Kau belum tahu penanganan dunia ini

Bukankah kau selalu mendengar nasihat di sekolah itu

Telah lupakah kau?

Semuanya?

Kan belum lama kau keluardarinya

Di merata tempat

Disana sini

Ramai wakil-wakil kami

Yang ingin membantumu

Apakah responmu semua?

Positivekah?

Atau kau yang mengelak?

Hati Mama luka

Jika kau tidak memikirkan DIA

Dalam melayani nafsu muda yang menggila

Mama lakukan yang terbaik

Kerana mencari kerethoan NYA

Anak-anak Mama tentu lebih faham dari Mama

Kerana Mama tidak belajar di sekolah itu

Anak-anak Mama sayang

Letaklah DIA dalam hatimu

Penuhilah hatimu dengan cinta terhadapNYA

Bukan cinta kepada dia yang sementara

Yang digelar infatuations

Tidak bermakna

Cinta kepada dia

Jika membelakangkan DIA

Mama Sal…


Umar menelan liur. Sajak itu tembus menusuk kalbu.

`'Terima kasih Mama…'' hatinya mesra dengan panggilan itu buat seorang
mas'ulah yang amat dikagumi. Umar menatap lagi sajak itu. Kemudian dia
melipat helaian itu dan dimasukkan ke dalam sampul.

`'Eh, masih ada tulisan lain?'' dia mendapati di dalam sampul itu
masih terselit satu lipatan kertas.



Umar membuka lipatan itu. Hatinya berdegup kencang….









Assalamualaikum…

Akhi Umar Al-Mujahid yang ana hormati,

Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga,
setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.

Baru-baru ini, ana didatangi seorang gadis bernama Nur
Syafika selepas selesai kuliyah Dr. Azmin. Dia mendakwa ana telah
merampas nta daripadanya. Ana keliru denagn kenyataanya dan ana yakin
nta pun akan turut keliru. Hanya Allah dan kita berdua yang tahu
hakikat sebenarnya kita tak pernah bercinta.

Jiwa ana dapat merasakan bahawa gadis itu terlalu mendalam
cintanya kepada nta. Ana takkan sesekali menghalang jika dialah
pilihan terbaik untuk nta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing
mempunyai misi baitul da'wah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana
mendoakan nta dimiliki oleh seorang sohibah yang faham tarbiyyah.

Justeru, ketahuilah…

Ana menghargai kehadiran risikan nta dalam hidup ana. Ana tak sangka
diri ana mempunyai tempat di hati nta. Entahlah samada tempat ana itu
telah sedia dipenuhi yang lain atau tidak. Bagi pihak ana, dari dulu
sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama nta tak pernah berubah.
Maafkan ana kerana terlalu lama membiarkan nta dalam penantian. Ana
takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat
memberi jawapan. Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik….




ASIAH YUSRO.







Umar membaca surat itu berulang kali. Dia bagaikan tidak
percaya. Setelah bertahun-tahun lamanya, baru sekarang Asiah Yusro
memberi jawapan untuk risikannya. Selama ini, Asiah Yusro benar-benar
membuatkan dirinya terseksa dibebani beribu persoalan dan penantian.
Sehinggalah baru sekarang penantiannya berakhir. Dalam menanti jawapan
itu, dia pernah tersungkur di pintu cinta Nur Syafika. Nur Syafika
menjadi penawar untuk mengubat beban penantiannya. Namun, cinta Fika
mencampakkannya jauh dari hidayah Allah. Jiwanya sering diburu
bisikan-bisikan iman yang masih berbaki. Bisikan itu merupakan kesan
daripada tarbiyyah yang pernah dilalui di Taman Islam. Suara iman
itulah yang menyelamatkannya daripada terus kehilangan hidayah Allah.

(Ya Allah! Cinta-Mu tak mengecewakan… Kau terlalu Maha Penyayang. Aku
yakin, kehadiran cinta Asiah Yusro adalah tanda hadirnya cinta-Mu. Aku
hamba yang derhaka namun Kau tak putus-putus memberikan rahmat-Mu. Ya
Allah, layakkah aku yang penuh dosa ini untuk insan semulia Asiah
Yusro? Sedangkan Hanif merasakan dirinya tidak layak, inikan pula
diriku? Asiah Yusro, kau bintang agama sedangkan aku, lumpur yang
hina. Aku masih merangkak mencari kemulian seperti mana yang kau raih
di sisi-Nya. Hatiku milik siapa?Ya Allah, hatiku milik-Mu!)

`'Bang Fathil, Fika nak tanya sikit…'' Fika berjaya mencari
nombor baru handset Fathil setelah puas mencuba pelbagai cara.
Akhirnya, dia mendapatkannya setelah memujuk Joe.

`'Kau nak tanya apa lagi Fika? Kita dah tak de apa-apa…'' keluh
Fathil.

`'Abang masih sayangkan Fika?''Fika cuba memujuk Fathil.

`'Aku tak berminat dengan perempuan murahan. Kau ingat aku tak tahu
kau pernah puaskan nafsu kau dengan berpuluh lelaki? Aku menyesal
kerana libatkan kawan aku sendiri menjadi mangsa kau,'' Fathil
bertegas. Ketika itu, Umar masuk ke compartment Fathil sambil membawa
sebuah majalah Haluan. Apabila melihat teman sebiliknya itu sedang
bercakap melalui telefon, dia keluar dan kembali masuk ke
compartmentnya.

`'Abang, itu dulu. Fika dah berubah. Bagilah Fika peluang. Fika dah
kecewa dengan cinta Umar sebab jiwa Fika tetap rindukan abang. Bang
Fathil tetap satu-satunya lelaki di hati Fika,'' madah berhelah Fika
cukup beracun.

`'Sudahlah Fika. Aku dah cukup muak dengar tu semua. Aku tak nak lagi
jadi lelaki bodoh yang boleh terpedaya dengan kau. Perempuan murahan!
'' Fathil semakin matang.

`'Woii, jaga skit mulut kau tu Fathil! Kau ingat kau tu mahal sangat?
Aku sebenarnya tak ingin pun dengan kau. Aku dah muak dengan perangai
playboy kau tu. Saje je nak test tadi…''. Fika pula yang mengenakan
Fathil.

`'Dah puas cakap? Ada apa-apa lagi?'' Fathil menyindir. Fika menarik
nafas panjang-panjang.

`'Err, izinkanlah Fika tanya sesuatu…'' suara Fika kembali
dilunakkan.

`'Fika janji ini soalan Fika yang terakhir, Fika takkan ganggu kau err
abang lagi lepas ni,'' .Fathil terfikir seketika.

`'Boleh percaya ke dengan janji kau!''

`'Sumpah, bang. Ni soalan terakhir Fika!''

`'Apa dia?''

`'Err, boleh Fika tahu serba sedikit tentang lelaki yang duduk sebelah
abang malam tu. Alah, malam kuliyah Dr. Azmin tu?'' Fika ingin mencuba
mangsa barunya. Fathil ketawa menyindir.

`'Fika, aku nasihatkan kau bertaubatlah….kau tak bosan hidup jadi
playgirl ke? Aku dah bosan jadi playboy…tak de faedahnya!'' Fathil
sudah pandai memberi nasihat.

`'Eh, siapa kau nak ajar-ajar aku? Mak bapak aku pun tak ajar, kau
memandai pulak suruh orang bertaubat…''. Fathil mengakhiri perbualan
dengan tiba-tiba. Malas dilayannya lagi gadis itu. Dia masuk ke
compartment Umar. Dia tahu Umar masuk ke biliknya tadi untuk mengajak
berbual. Fathil menceritakan gelagat Fika yang merimaskannya. Umar
cuma mendengar tanpa menyampuk. Kemudian, Umar menyerahkan majalah
Haluan kepada Fathil.

`'Tadi kat café, aku jumpa Banna. Dia kata nak datang sebab nak
hadiahkan kau buku ni, tapi tiba-tiba dia ada urusan lain pulak. Dia
kirim kat aku je lah,''

`'Majalah apa ni? Tak pernah pun aku dengar…''

`'Ini majalah kegemaran Banna. Isinya boleh membantu membina peribadi
Muslim,''

`'Patutlah Banna baik. Aku memang tak pernah jumpa orang baik macam
dia,''

`'Habis tu, aku ni tak baik?'' Umar mengacah.

`'Kau? Masa mula-mula aku kenal kau, aku ingat kau waro' tapi rupa-
rupanya gila-gila macam aku jugak. Sekarang ni, aku tengok kau jadi
waro' balik. Aku pun tak faham dengan kau,'' Umar tersenyum. Fathil
yang dikenalinya dulu juga banyak perubahan sejak dia intim dengan
Banna. Memang benar, seorang kawan terlalu mempengaruhi hidup
seseorang. Sebab itulah Rasulullah menyuruh berhati-hati memilih
kawan.



`'Oh, ya. Banna juga kirimkan kad jemputan kahwin ni,''. Fathil
mencapai kad wangi yang diserahkan oleh Banna. Dia mendengus. Umar
faham perasaan Fathil ketika itu lalu mengalih topik perbualan.

`'Fathil, cuba kau tengok sajak kat cover belakang majalah tu. Aku
sukalah…''. Fathil lantas membelek.



Puas sudah,

Kucari kebahagian,

Di sisi teman-teman,

Kudapat hanya kelalaian,

Ku cari lagi,

Di hati seorang kekasih,

Kudapat hanya kekecewaan,

Dan ku terus mencari,

Dalam meniti hari,

Penuh kekosongan…

Oh, di mana lagi harus ku mencari,

Membawa sekeping hati,

Yang sarat kerinduan,

Rindu yang tiada haluan,

Aku keliru sendiri,

Apa yang kucari,

Apa yang kuperlukan

Aku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti,

Kekosongan hati ini minta diisi..



Sejenak ku tersedar,

Aku mencari cinta agung,

Buat jiwaku yang merindukan,

Hakikat kebenaran,

Cahaya yang membelah kegelapan,

Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.



Ku sedar,

Destinasi pencarianku di sini,

Ku mencari-Mu Tuhan,

Mengharap keredhaan,

Menagih kebahagiaan,

Dari sinar cahaya iman

Khazinatul Asrar,
Taman Islam.



`'Umar, aku pun suka…'' Fathil berkeringsing. Kali pertama dalam
hidupnya menyukai sajak. Sebelum ini, baginya, sajak terlalu puitis,
sesuai untuk jiwa perempuan sahaja.



`'Nti dah sedia menerima rombongan meminang minggu depan?'' Asiah
tertunduk malu dengan soalan Dr. Sal. Wajah solehah seorang mas'ulah
di depannya tak berani direnung.

`'Insyallah!'' Ringkas jawapan Asiah Yusro.

`'Ana dengar, sebulan bertunang nti akan terus kahwin. Umi nti yang
cakap. Baguslah tu! Bertunang lama-lama pun banyak mudhoratnya,''

`' Dr. Sal, janganlah sentuh hal ni lagi. Ana malu. Dengan umi pun ana
malu nak bualkan hal ni. Biarlah hal ni menjadi hal orang tua. Ana
pasrah saja…'' pipinya menjadi kemerah-merahan.



Tepat seperti hari yang dijanjikan, Asiah Yusro kelihatan
berseri-seri mengenakan baju pertunangan serba pink. Tudung labuh kain
satin dengan jubah potongan moden menjadi pilihan umi. Nampak ringkas
tapi tetap menawan. Terserlah gaya anggun seorang muslimah di hari
bahagia. Menutup aurat dengan sempurna pun masih nampak jelita.Pakaian
Islam tak pernah lapuk menyusuri zaman.



Hati Asiah Yusro kian dilanda debaran. Sanak-saudara dan jiran-jiran
terdekat sudah siap sedia menyambut ketibaan.

(Ramai sangat tetamu yang umi jemput padahal ni majlis tunang je. Tak
pe lah, apa salahnya meraikan semua jiran dan sanak-saudara)

Tidak lama kemudian, tujuh buah kereta tiba di perkarangan rumah Asiah
Yusro. Rombongan lelaki itu disambut dengan solawat. Debaran makin
bertambah apabila umi dan kakak mula memimpinnya keluar daripada
bilik. Ruang dalam rumahnya sudah dipenuhi rombongan lelaki.



Asiah Yusro mengangkat wajah mencari Maziah. Maziah memberitahu bahawa
dia akan datang bersama rombongan lelaki. Tatkala itu, dia bertembung
mata dengan Umar Al-Mujahid yang duduk di tepi Hassan Al-Banna dan Dr.
Azmin. Fathil pun ada sekali. Cepat-cepat dielakkan pandangannya.

(Astargfirullah. Aku dan dia tak kahwin lagi, mana boleh main-main
mata. Mungkin dia pun tak sengaja. Astargfirullah)

(Hah, itu pun Maziah disisi Hanif. Wah, makin ceria lepas balik
berbulan madu di Mekkah. Tak sangka dia mendahului abangnya. Fathil
tentu pasrah…) Asiah Yusro gembira dapat melihat temannya di celah
rombongan lelaki. Inilah kali pertama dia bersua muka selepas Maziah
berumah tangga.

Sejurus kemudian, wakil keluarga Banna tampil menyuarakan
hasrat menyunting mawar di taman larangan. Suasana ceria ketika itu.
Namun, Asiah Yusro terkejut besar.

(Kenapa ayah Maziah yang melamar, kenapa bukan ayah Umar Al-Mujahid?)
Baru sekarang dia tahu bahawa rombongan meminang itu adalah daripada
keluarga Banna bukan Umar seperti sangkaannya. Air matanya menitis
tanpa disedari.

(Umar, sekian lama kutepis rindu ini. Kunantikan syariat menghalalkan
untuk kuluahkan segala kerinduan. Hatiku milikmu, Umar!) Hatinya pedih
merintih. Dia cuba mengumpul segenap ketabahan namun tidak terdaya.
Air matanya terus membanjiri pipi. Asiah Yusro sudah jatuh cinta.
Cinta yang kudus terpelihara untuk Umar rupanya bukan milik Umar.
Sukar untuknya menelan pahitnya realiti. Air matanya meluahkan segala…



`'Bagi pihak kami, insyaallah tiada halangan. Tapi, kena tanya juga
empunya diri,'' suara ayah Asiah Yusro kedengaran bersulam keceriaan.
Semua mata beralih fokus kepada Asiah Yusro. Senyuman yang tadinya
ceria sudah pudar di wajah itu. Air mata Asiah Yusro memberi jawapan.
Namun mempunyai dua tafsiran di minda tetamu, sedih atau terharu.
Wajahnya diangkat dan memandang Umar Al-Mujahid seketika. Ada sinar
pengharapan di matanya. Kemudian dia menunduk lagi, melayan murahnya
tangisan. Hati Umar terusik, jiwanya bergetar.

(Tidak!Tidak!Tidak! Aku mesti ada kemampuan berkata tidak! Maafkan aku
Asiah Yusro. Aku memang tak layak untukmu. Kau memang bertuah kerana
bakal dimiliki oleh Banna, lelaki soleh yang kukagumi. Pilihan Allah
Maha Adil untukmu. Banna 1000 kali jauh lebih baik dariku)



`'Perempuan ni, bila diam tanda setuju, bila menangis tanda terharu.
Tapi, berkatalah walau sepatah samada suka atau tidak,'' mudah ayah
Asiah Yusro mencipta pepatah. Hati umi Asiah Yusro pula dirundum resah
melihat keadaan puterinya. Jiwa seorang ibu lebih memahami emosi
anaknya. Itu teori psikologi yang banyak dibuktikan oleh realiti.

(Takkan tangisan terharu sampai cam ni sekali. Ish, pelik!)

`'Kalau malu, bolehlah berbisik kepada umi. Setuju ke tidak?'' ayahnya
bertanya lagi. Dia berusaha mengekalkan keceriaan suasana. Namun,
tangisan Asiah Yusro mula berlagu hiba bila soalan itu ditanya lagi.
Semua tetamu kehairanan. Ayah Asiah Yusro juga baru dapat menduga
kelainan anaknya. Sebelum ini, bila ditanya soal perkahwinan, anaknya
itu sering mengelak dan menjawab ringkas,

'' Yusro pasrah je. Tak kira lah siapa yang masuk dulu…''



Asiah Yusro sedar dia mencipta persoalan. Persoalan yang menyebabkan
semua orang keliru. Persoalan yang pernah menyiksa hidup Umar suatu
ketika dulu. Sebaknya cuba ditahan. Dia tak berdaya lagi menahan sedu-
sedan, irama sebuah tangisan. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan
dalam situasi begitu. Baginya, ini soal hidup dan mati, rumahtangga
yang bakal dibina bukan barang mainan.Dia bingkas, melangkah sopan
masuk ke biliknya. Suasana bagaikan dipukau seketika. Suspen sekali…



'Err, mungkin saya kena betulkan kata-kata tadi, perempuan bila diam,
kita masih tak tahu, bila menangis, mungkin tanda tak setuju…'' sempat
ayah Asiah Yusro berlawak. Tetamu disekitarnya ketawa kecil. Pandai
dia menghidupkan suasana. Banna memandang Umar penuh tanda tanya.

`'Umar, dia pandang nta tadi.Mungkin hatinya untuk nta. Kalau antum
berdua sudah suka sama suka, ana rela gantikan nta di tempat ana. Ana
takkan menyesal, malah ana akan bangga dapat menyatukan dua hati yang
bercinta kerana Allah,'' Hassan Al-Banna cekap mentafsir suasana. Umar
terdiam.

(Ah, baiknya kau Banna!)



Sementara Asiah Yusro cuba melawan perasaan sedaya upaya. Air matanya
tumpah juga, tak henti-henti. Dia perlukan ketenangan. Penawarnya ada
di sisi. Al-Quran tafsif dibukanya dengan memejam mata. Mata yang
makin sarat dengan tangisan. Air mata itu terus menitis laju membasahi
satu ayat di dalam al-Quran. Asiah Yusro mengesat air matanya yang
menodai lembaran suci al-Quran. Baris ayat yang basah itu memikatnya.
Dia membaca ayat itu berulang kali sambil diperhati oleh umi yang
berada di sisi, menemani.

(Masyallah. Indahnya ayat 216, Surah Al-Baqoroh ini. Kurasakan seolah-
olah Allah sedang berinteraksi denganku. Mungkin, inilah keajaiban al-
Quran. Terima- kasih Tuhanku, Kau hadir saat aku memerlukan.Ku pasrah
pada ketentuan-Mu. Dengan cinta-Mu, Kau akan beri yang terbaik
untukku. Aku yakin dengan-Mu Tuhan. Hatiku milik-Mu) Resah di hati
Asiah Yusro terubat sudah. Allahlah teman yang menghiburkannya.



Umi keluar dengan wajah ceria. Hampir sejam tetamu menanti. Masing-
masing masih tercengang, tertanya-tanya. Namun, tiada seorang pun yang
bangun mengundur diri. Semuanya bagaikan sabar menanti bagaimana
episod itu akan berakhir. Sebentar kemudian, Asiah Yusro keluar dengan
wajah yang tenang. Tangannya mendakap al-Quran. Tiada air mata lagi
bersisa di kelopak mata.

`'Yusro, kalau tak setuju, katakan tidak. Abi dan ummi takkan sesekali
memaksa,'' Ayahnya cuba mendalami perasaan puteri tercinta. Asiah
Yusro tidak memberi sebarang jawapan. Dia sedang mengumpul kekuatan
untuk berbicara.



Tiba-tiba Banna memecahkan kesunyian.

`'Maafkan saya. Mungkin kita boleh lupakan rombongan pinangan yang
tadi. Anggaplah saya datang sebagai rombongan kedua untuk menyunting
si mawar berduri yang mekar di Taman Islam rumah ini buat Umar Al-
Mujahid,''. Berani Banna menyusun bicara. Umar sendiri terkejut dengan
tindakannya.

`'Bagaimana di pihak perempuan?'' ayah Asiah Yusro memandang anaknya
sarat harapan. Moga-moga, lamaran kedua ada jawapannya.

`'A'uzubillahi mina syaitonirrojim. Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui,'' Asiah Yusro membacakan kembali tafsiran ayat 216, Suroh
Al-Baqoroh. Allah telah memberikannya jawapan.

`'Abi, Yusro terima lamaran Hassan Al-Banna,''jawabnya. Namun, jawapan
itu masih sarat tandatanya.

`'Pinangan pertama untuk Hassan Al-Banna. Pinangan kedua, dari Hassan
Al-Banna untuk Umar A-Mujahid. Yang mana satu maksud diberi?''ayahnya
minta kepastian. Asiah Yusro terdiam lagi. Beratnya menjawab soalan
itu. Oh, Tuhan! Dia menatap sekali lagi ayat 216. Jiwanya nekad
membuat pilihan,

`'Hati saya rasa, Allah ingin jodohkan saya dengan Hassan Al-Banna…''
Asiah Yusro tertunduk malu selepas membuat pengakuan itu. Berakhirlah
sebuah episod tanda tanya…

`'Alhamdulillah..'' suasana ceria kembali. Majlis pertunangan kembali
berjalan lancar. Kata-kata Asiah Yusro sangat berbekas di hati Umar.
Biarlah ia meninggalkan parut kenangan buat selamanya.

(Pergil;ah…pergilah cinta Asiah Yusro! Aku tak perlukan cintamu. Ya
Allah, hanya Kau yang kudambakan bukan sesiapa di kalangan makhluk-Mu.
Hatiku hanya milik-Mu) Umar memujuk hatinya agar tenang menerima
suratan. Luka lamanya membengkak kembali. Dia cuba menyembunyikan
segala kepedihan dan kekecewaan di hati. Cinta Fika sesekali melambai
datang, ditepisnya sejauh mungkin. Cinta Asiah Yusro yang menjadi
idaman, hadir ketika dirinya teraba-raba mencari jalan pulang.

(Cukuplah selama ini aku telah banyak menzalimi diri sendiri. Asiah
Yusro tak patut dimiliki orang sepertiku. Potensi da'wahnya akan
terhalang! Demi Islam, kuredho kau bukan milikku. Ku sedar, sekalipun
kita tidak berada di atas penyatuan cinta namun kita tetap berada di
atas penyatuan cita-cita. Ya, kita takkan selamanya rebah dalam
kemelut rasa. Kita akan sama-sama bangkit kembali memikul beban
tarbiyyah dan da'wah yang sarat perjuangan ini )



`'Umar, sohibah tu lah yang dipaksa kahwin oleh keluarganya.
Kasihan dia. Usianya dah menjangkau lebih 30 tahun. Ibubapa mana yang
tidak risau?'' Dr. Azmin mematikan lamunan Umar. Tangannya menunjuk
kepada seorang sahibah. Mata Umar melirik kepada arah yang
ditunjukkan. Seorang sahibah berwajah gelap dengan pipinya dipenuhi
parut-parut bekas jerawat, sopan bersimpuh di satu penjuru. Tudung
labuh dan jubahnya tetap memikat kalbu daripada kacamata iman
seseorang.

`'Dia wanita yang ditarbiyyah, wanita mulia! Layakkah dia untuk ana?''
Umar berbisik kepada Dr,Azmin.

`'Umar, selamatkanlah dia….'' Balas Dr. Azmin menyebabkan Umar
tersenyum, senyuman yang tersirat makna.

`'Err, saya pun boleh jadi hero penyelamatnya,'' terjulur kepala
Fathil yang tiba-tiba muncul di celah Dr. Azmin dan Banna. Mereka
tersenyum ceria.

(Fathil tak pandang kecantikan lagi ke? Mungkin imannya dah boleh
berbicara)



Umar Al-Mujahid takjub dengan kuasa iman. Iman mengubah hati insan,
menjadikan pemikiran seseorang tunduk pada kebenaran. Jalan tarbiyyah
dan da'wah ini lah yang banyak memberi bekalan iman,

(Cinta tarbiyyah da'wah,hatiku milikmu!)